Friday 30 October 2015

BAB 1 KONSEP TEKNOLOGI DALAM P&P

  •  Teknologi ialah keupayaan menggunakan pengetahuan saintifik yang tersusun secara sistematik sehingga mampu mempamerkan amalan praktikal dalam melaksanakan tugasan sehingga mencapai kejayaan.  Gailbrath (1967) 
  •  Teknologi ialah suatu seni atau sains bagaimana alat itu digunakan untuk tujuan-tujuannya.  Evan & Nation (2000)
  •  Teknologi ialah proses, kaedah, dan idea bagi memastikan penggunaan sesuatu ilmu dan alat atau bahan itu mencapai kejayaan.
  • Konsep Saintifik - Sebarang himpunan pengetahuan atau ilmu yang telah teruji dan dapat dinyatakan dalam bentuk satu set prinsip-prinsip am.  Terdapat juga pengetahuan yang tidak terbukti secara saintifik tetapi telah menjadi amalan yang diterima berdasarkan pengalaman dan pengamatan manusia
  • Amalan Berteknologi - Penggunaan ilmu + saintifik + sistematik + praktikal = berkesan dan cekap serta memberi keselesaan kepada manusia. Teknologi adalah bagaimana kita menggunakan alat untuk memenuhi sesuatu keperluan.Penggunaannya bukan sahaja dari sudut sains tetapi juga seni.
  •  Konsep Teknologi Pengajaran - Persatuan Teknologi Pendidikan Malaysia (1988); TP ialah proses yang kompleks dalam menganalisis keperluan pendidikan secara sistematik, saintifik dan rasional bertujuan untuk mereka bentuk dan mengaplikasinya secara sepadu idea, tenaga, sumber bahan, kaedah dan tatacara untuk mempertingkatkan keberkesanan proses P&P.

Perkaitan Teknologi Dalam P&P

  • Teknologi dalam P&P ialah suatu usaha meningkatkan keberkesanan dan kualiti terhadap ilmu pengetahuan.
  • Contohnya alat visual seperti filem, gambar dan slaid dicipta untuk meningkatkan keberkesanan pengajaran.  Penggunaan perkakasan sedemikian sebagai alat bantu mengajar membantu proses p&p.
  •  Pelajar juga boleh memproses maklumat dan mengaplikasikannya sehingga mendorong perubahan tingkah laku yang baharu.


Domain Teknologi Dalam P&P (Fasa 1)
1)    Fungsi Pengurusan Pengajaran – memastikan teknologi pengajaran berjalan lancar

ü  Pengurusan organisasi – Melaksanakan urusan seperti mengenal pasti keperluan organisasi dan menentukan matlamat
ü  Pengurusan kakitangan – Tugas berhubung dengan pengambilan dan penilaian pekerja.  Contohnya mewujudkan komunikasi berkesan antara pekerja.
2)    Fungsi Pengembangan Pengajaran – dapat dilaksanakan melalui

ü  Penyelidikan teori – melalui perolehan maklumat p&p
ü  Reka bentuk – dijalankan setelah teori yang sesuai dikenal pasti.
ü  Penerbitan – Menerbitkan media seperti grafik dan gambar.
ü  Penilaian – Bagi menentukan keberkesanan proses terdahulu
ü  Penggunaan – Dilaksanakan setelah melalui proses penilaian
ü  Pemilihan logistik – memastikan media sedia digunakan.
  
3)    Fungsi Sumber Pembelajaran – bagi meningkatkan mutu pembelajaran.  Antaranya ialah :

ü  Mesej          
ü  Teknik
ü  Manusia      
ü  Seting 
ü  Bahan 
ü  Peralatan

Domain Teknologi Dalam P&P (Fasa 2)

·         Pembangunan, pengurusanreka bentukpenilaianpenggunaan

i) Pembangunan :  - Teknologi percetakan
                                - Teknologi audiovisual
                                - Teknologi berasaskan komputer
                                - Teknologi bersepadu

ii) Pengurusan : - Pengurusan projek
                            - Pengurusan sumber
                            - Pengurusan sistem penyampaian
                            - Pengurusan maklumat
 
iii) Reka bentuk : - Reka bentuk sistem pengajaran
                             - Reka bentuk mesej
                             - strategi pengajaran
                             - ciri-ciri pelajar

iv) Penilaian : - Analisis masalah
                        - Pengukuran rujukan kriteria
                        - Penilaian formatif
                        - Penilaian sumatif

v) Penggunaan : - penggunaan media difusi dan inovasi
                             - pelaksaan 
                             - polisi dan peraturan

Peranan dan kepentingan teknologi pengajaran dalam p&p

  • Pembelajaran Kendiri – Melatih pelajar bertanggungjawab terhadap perkembangan prestasi akademik tanpa bergantung pada guru.  
  • Contohnya pelajar boleh membuat tugasan dengan mencari maklumat untuk dipindahkan kepada satu bentuk yang mudah difahami seperti peta minda.
  • Meningkatkan Keberkesanan Pembelajaran – Penerangan guru lebih mudah difahami apabila dibantu pelbagai bahan yang mampu menterjemahkan penerangan guru.  
  • Contohnya video pencemaran alam sekitar mampu meninggalkan kesan mendalam terhadap jiwa pelajar.
  •  Peluang Belajar Untuk Semua – Membuka peluang kepada sesiapa sahaja belajar tanpa sekolah dan guru.  
  • Contohnya guru boleh menyambung pengajian jarak jauh yang memberi peluang kepada mereka untuk belajar.

No comments:

Post a Comment