Friday 30 October 2015

Bab 10 PENGINTEGRASIAN TEKNOLOGI MAKLUMAT DAN KOMUNIKASI DALAM P&P

  • Pemprosesan perkataan ialah menggunakan penggunaan perisian seperti Microsoft Word bagi tugas menaip, menyunting, dan mencetak sesuatu dokumen.
  • Ø  Bertujuan membantu guru dalam penyediaan bahan, rancangan harian, surat menyurat, laporan dan bulletin.
  • Ø  Pemprosesan perkataan terdiri daripada perwujudan sesuatu fail, penyimpanannya secara elektronik dalam cakera padat, pameran di skrin, pengeditan melalui arahan, dan aksara dari papan kekunci dan pencetakan dengan menggunakan pencetak (printer).
  • Ø  Pemprosesan perkataan boleh menjadi aktiviti yang berkesan terutama kepada guru bahasa dalam pengajaran dan pembelajarannya. Antaranya : Aktiviti mencantum ayat, memperbaiki ejaan dan menambah dan membetulkan tanda bacaan
  • Perisian persembahan Elektronik seperti Microsoft PowerPoint membantu guru-guru mengukuhkan sesi pengajaran serta menarik perhatian pelajar terhadap pengajaran guru.
  • Ø  Perisian dapat membantu guru mencerakinkan fakta dan menjelaskan isi pengajaran.
  • Ø  Perisian ini membolehkan guru memilih pelbagai corak teks, grafik, animasi, audio dan video untuk diintegrasikan dalam slaid dan ditayangkan sebagai bantuan untuk sesi pengajaran.
  • Ø  Bagi aktiviti pembelajaran, perisian ini amat sesuai digunakan sebagai salah satu alat dalam aktiviti kumpulan dalam apa sahaja mata pelajaran. 
  • Ø  Perisian persembahan elektronik adalah versatile kerana ia boleh digunakan untuk semua subjek dan kurikulum
  • Ø  Ia boleh membina dan mencyampaikan persembahan slaid untuk isi pengajaran, peta, projek, carta, nota kelas, kuiz, peperiksaan dan sebagainya
  • Ø  Microsoft Power Point (contoh perisian persembahan elektronik) adalah aplikasi yang amat bermanfaat dalam menyampaikan maklumat
  • Ø  Aplikasi ini amat memudahkan pengguna kerana terdapat banyak templat dan pakej persembahan yang boleh digunakan oleh pengguna sebagai permulaan.
  • Ø  Keupayaan Microsoft PowerPoint yang boleh diintegrasikan dengan media lain seperti audio dan video amat membantu dalam penyampaian maklumat. 
  • Perisian Hamparan Elektronik membantu pengguna mengolah dan mengurus data nombor untuk tugas seperti penyimpanan rekod atau akaun.
  • Ø  Guru menggunakan perisian elektronik bagi tugas yang melibatkan aktiviti penyimpanan akaun kewangan dan juga untuk pengiraan markah dan gred.
  • Ø  Perisian seperti Microsoft Excel memudahkan guru semasa mengira jumlah markah, purata, memberikan gred, menyusun serta menyaring data.
  • Ø  Aplikasi ini juga akan memudahkan proses pengiraan yang berkaitan dengan kewangan, statistik, pembinaan graf dan carta dengan lebih mudah dan tepat. 
  • Ø  Selain itu, aplikasi ini juga boleh digunakan untuk menjalankan fungsi pengiraan matematik, menyusun data dan menghasilkan carta dan graf visual yang diwakili oleh maklumat.
  • Perisian pangkalan data seperti Microsoft Access membantu guru menyimpan, mengurus, dan mengubahsuai maklumat, iaitu berbentuk teks dan nombor.
  • Ø  Perisian pangkalan data sangat sesuai kerana membolehkan penggunanya mencari maklumat dengan pencarian kata-kata kunci.
  • Ø  Digunakan bagi merekod penyimpanan data dan maklumat seperti maklumat pelajar, inventori dan maklumat guru.
  • Ø  Guru boleh menggunakan aplikasi ini bagi mengajar tajuk yang memerlukan penganalisisan data.
  • Ø  Dengan maklumat yang diperolehi, pelajar boleh merancang sesuatu untuk memperbaiki kelemahan yang dikenalpasti.
  • Ø  Salah satu kelebihan penggunaan pangkalan data adalah sebagai medium untuk mengurus dan menyampaikan maklumat untuk dianalisis. 
  • Ø  Program pangkalan data membenarkan pengguna untuk mengklasifikasikan sistem bergantung kepada keperluan seperti penyimpanan rekod dan penghasilan rekod untuk semua fail atau setiap individu. 
  • Ø  Templat-templat dalam aplikasi ini amat berguna dan disesuaikan dengan pelbagai situasi tugas guru dan persekitaran sekolah. 
  • Perisian pengarangan multimedia ialah perisian yang boleh mengintegrasikan kombinasi unsur teks, grafik, animasi, video, dan audio untuk menghasilkan sesuatu projek atau pakej yg ada ciri interaktif.
  • Ø  Multimedia interaktif yang dihasilkan guru boleh diintegrasi ke dalam P&P menggunakan elemen teks, grafik, bunyi dan sebagainya.
  • Ø  Macromedia Authorware amat berguna kerana berinteraktif dan dapat menarik tumpuan pelajar yg pelbagai kecerdasan.
  • Ø  Pengajaran pembelajaran berasaskan media interaktif melalui CD lebih menarik, dinamik, interaktif, serta disokong dengan audio, video, grafik dan animasi. Di samping itu, pelajar boleh mengikuti pelajaran mengikut tahap, kesuaian masa, dan keupayaan (self-access, self-paced dan self-directed).
  • Pembelajaran interaktif merupakan suatu kaedah yg dinamik kerana aplikasi multimedia memerlukan pelajar memberikan respons serta berinteraksi secara aktif.
  • Ø  Ia juga mempunyai unsur hiburan nescaya lebih menarik minat mereka.
  • Ø  Media interaktif berteraskan multimedia boleh membantu P&P secara lebih berkesan.
  • Aplikasi hipermedia meliputi kemampuan sesuatu perisian yg membenarkan pelajar meneroka maklumat.
  • Ø  Ciri hipermedia membolehkan pelajar meneroka dan mendapatkan maklumat mengikut minat, keupayaan, atau kehendak mereka sendiri.
  • Ø  Contoh bentuk media interaktif terdiri daripada Encarta, World Book Encyclopedia.

No comments:

Post a Comment