Friday 30 October 2015

BAB 8 BAHAN AUDIO

Proses Mendengar Dalam Kalangan Murid
  • Pendengaran ialah proses fisiologi - berlaku apabila gelombang bunyi masuk ke dalam saluran telinga, menggetarkan gegendang telinga dan tulang-tulang osikel di telinga tengah, memasuki telinga dalam (koklea) dan bertukar menjadi denyutan saraf (nerve impulse), dan bergerak ke otak untuk ditafsirkan.
  • Mendengar pula berlaku secara psikologi – bermula apabila seseorang itu menyedari dan memberikan perhatian kepada sesuatu bunyi @ bentuk percakapan.
  • Kemahiran Bahasa -Tahap perbendaharaan kata @ kemahiran bahasa yang dimiliki oleh kanak-kanak mempengaruhi keberkesanan proses mendengar.
  • Kejelasan Punca Audio - Kelantangan optimum dan kejelasan punca audio membolehkan kanak-kanak mendengar dengan jelas dan memahami mesej yang hendak disampaikan.
  • Nada Audio yang Tidak Sekata (Monotonous) - Intonasi suara pengulas mestilah pelbagai dan beragam.
  • Kesediaan Mendengar - Kesediaan seseorang pendengar secara fizikalnya meningkatkan keupayaan mereka memahami mesej yang hendak disampaikan.
  • Dua elemen penting dalam menentukan keberkesanan proses mendengar semasa sesi P&P ialah penyampai mesej (guru) dan penerima mesej (pelajar).

Penghasilan Bahan Audio Pendidikan

Langkah 1 : Tetapkan matlamat. – Apakah tujuan? Sasaran? Sesuai dengan objektif?
Langkah 2 : Penyelidikan dan mengumpulkan bahan. – Buat rujukan dan kumpul bahan.
Langkah 3 : Pemilihan bahan. – Pilih yang bersesuaian sahaja.
Langkah 4 : Menulis skrip. – Proses mengarang kandungan bahan audio.
Langkah 5 : Menyediakan peralatan. – Antaranya alat perakam, mikrofon dan kaset.
Langkah 6 : Membuat rakaman. – Memasukan kesan bunyi dan muzik latar
Langkah 7 : Prebiu. – Mendengar semula dan edit jika perlu.
Langkah 8 : Penggunaan bahan audio. – Di dalam bilik darjah
Langkah 9 : Penilaian dan penambahbaikan. – Supaya objektif penghasilan tercapai.

Format Audio
  • ü  Kaset
  • ü  Kaset mikro
  • ü  Fonograf @ piring hitam
  • ü  Cakera padat @ CD

Penerbitan Audio - Beberapa bahan dan peralatan asas yang perlu digunakan ialah : 
  • ü  Mikrofon. (Peralatan perantaraan yang menghantar gelombang bunyi kepada fail audio)
  • ü  Alat perakam (perakam dan pemain kaset).
  • ü  Pita audio @ kaset audio.
  • ü  Studio (tempat rakaman yang khusus)
  • ü  Bilik kawalan (pilihan)
  • ü  Kesan bunyi (untuk menghasilkan keadaan sebenar)
  • ü  Muzik (sebagai muzik latar)
  • ü  Kabel.

Pengadun Suara
  • Pengadun audio ialah alat yang mempunyai banyak saluran input yang boleh dilaras bahannya dan satu output.
  • Alat ini biasanya terdapat di studio-studio rakaman.
  • Sebelum memulakan rakaman, skrip hendaklah disediakan dan buat latihan membaca skrip.
  • Singkatan-singkatan yang perlu ketahui dan gunakan sewaktu menyediakan skrip :


1.        FI (Fade In) – Muzik masuk perlahan-lahan.
2.        FO (Fade Out) – Muzik hilang perlahan-lahan.
3.        FUp (Fade Up) – Muzik menaik perlahan-lahan.
4.        FD (Fade Down) – Muzik menurun perlahan-lahan.
5.        BG (Background) – Muzik latar.

Suntingan - Melakukan penyuntingan melalui beberapa cara seperti melalui perisian Sound Forge.

Format Fail Audio

1.  Audio Interchange File Format (AIFF dan AIF) – Diguna dalam system komputer Macintosh
2.  Musical Instrument Digital Interface (MID, MDI dan MFF) – Menyimpan audio jenis MIDI
3.  Sound (SND) – Diperkenalkan oleh Apple bagi audio saiz 8 bit.
4.  Roll (ROL) – Diperkenalkan oleh Adlib Inc digunakan bersama denagan kad audio.
5.  Wave (WAV) – Disokong dengan operasi windows yang menyokong rakaman 8 bit.
6.  Sun Audio (AU) – Khas untuk system computer jenis stesen kerja Sun Mirosystem.
7.  Voice (VOC) – Boleh memainkan dan merakam audio 8 atau 16 bit.
8.  MPEG Level 3 (MP3) – Dapat memampatkan audio bersaiz 45MB format WAV kepada 4MB.
9.  Real Audio atau RealMedia (.RA dan .RAM) –  Siaran radio televisyen melalui internet.


No comments:

Post a Comment