Friday 30 October 2015

BAB 9 PENERBITAN VIDEO PENDIDIKAN

  • Video – Media bergerak yang realistik dan sangat bermanfaat dalam penyampaian sesuatu mesej kepada penonton.
  • Berupaya untuk membawa masuk peristiwa yang berlaku di luar bilik darjah seperti letupan gunung berapi, bom atom.
  • Berupaya untuk merakamkan imej jauh dan dekat, serta memanipulasi ruang.
  • Masa dan ruang juga boleh dimanipulasikan melalui animasi.
Kamera Dan Perakam Video
  • Camcorder ialah cantuman daripada dua perkataan iaitu camera dan recorder.
  • Imej yang dirakam menggunakan camcorder dikesan bergerak melalui lensa fokus ditukar kepada beberapa siri signal elektronik. Signal ini kemudian dipancar dan dirakamkan ke atas pita magnetik. Pada masa yang sama, bunyi yang dikesan sebagai signal elektronik melalui mikrofon bina dalam, juga akan dirakam di atas pita yang sama.
  • Sekiranya ingin membeli camcorder, perkara-perkara berikut perlu diambil kira :

1)    Format storan.
2)    Warna dan resolusi.
3)    Intensiti cahaya – kamera video yang baik memerlukan pencahayaan yang sedikit untuk menghasilkan rakaman yang berkualiti.
4)    Cip CCD – Semakin banyak cip CCD, semakin baik resolusi dan warna yang dapat dirakamkan.
5)    Input dan Output – iaitu aksesori seperti audio, video, mikrofon, headphone dan punca kuasa luar.

Jenis-Jenis Kamera Video

Kamera Video Analog


  • ü  Merakamkan imej dan menyimpannya dalam bentuk analog.
  • ü  Menggunakan tep magnetik dalam bentuk kaset video yang pelbagai format seperti VHS, VHS-C, Hi 8, dan U-matic.
Kamera Video Digital
  • ü  Merakam imej dan menyimpannya dalam bentuk digital.
  • ü  Menggunakan kaset video dalam saiz kecil yang biasanya dalam format DVC (Digital Video Cassette).
  • ü  Boleh disambung ke komputer dengan menggunakan kabel FireWire.
  • ü  Boleh disunting dengan perisian-perisian komputer.
Bahagian-Bahagian Penting Kamera Video
  • 1)    Butang Zoom – Merakamkan imej dekat objek tanpa bergerak dan menghampiri secara fizikal
  • 2)    Gelang Fokus – Melakukan fokus secara manual.
  • 3)    Sensor dedahan (exposure) – Mengesan seluruh medan rakaman dan menala bukaan lensa yang sesuai dengan intensiti cahaya.
  • 4)    Shutter – Kelajuan shutter yang tinggi memerlukan lebih banyak cahaya, menyebabkan apertur dedahan dibuka lebih luas dan ini menghasilkan medan jelas menjadi lebih tohor.
  • 5)    Butang White Balance – Untuk mencipta keseimbangan warna yang menarik tetapi mungkin bukan warna asal.
  • 6)    Alat rakam suara – Untuk merakam suara semula jadi
  • Medan Jelas - Jarak di antara subjek yang kelihatan jelas.
  • Medan jelas bergantung pada jenis kamera, apertur, dan jarak fokus.
  • Semakin luas bukaan apertur, semakin terhad medan jelasnya, terutama apabila memfokus subjek yang dekat.
  • Sebaliknya, sekiranya bukaan apertur kecil, maka imej ketajaman atau kejelasan yang dihasilkan agak sekata menyebabkan subjek kelihatan lebih jelas.

Jenis-Jenis Shot 
  • ü  Full Length Shot (FLS)
  • ü  Long Shot (L/S)
  • ü  Knee Shot (KS)
  • ü  Waist Shot (WS)
  • ü  Bust / Medium Close-up Shot
  • ü  Close Up Shot (C/UP)
  • ü  Big Close Up (BC/U)
  • ü  Extra Big Close Up (EBC/U)
Jenis-Jenis Pergerakan Kamera

Panning
  • ü  Cari poin permulaan dan poin akhir sebelum merakam.
  • ü  Untuk merakam imej objek yang bergerak laju seperti pergerakan kereta lumba.

Pergerakan Tilting
  • ü  Untuk menunjukkan ketinggian bangunan, pokok, cerun atau untuk membanding beza dua objek yang berlainan saiz.

Pergerakan Dolly
  • ü  Menolak (dolly in) dan mengundur (dolly out) kamera yang dipasangkan di atas tripod beroda.
  • ü  Gunakan mod fokus automatik, bagi menghasilkan pergerakan yang licin, lantai hendaklah rata.

Pergerakan Truck
  • ü  Menolak ke kiri dan ke kanan kamera yang dipasangkan di atas tripod beroda.
  • ü  Biasanya, untuk merakam objek yang bergerak @ berjalan.
Merancang Penerbitan Bahan Video Untuk Pengajaran

1.        Tetapkan tujuan dan Objektif.
2.        Penyelidikan bagi mengumpulkan bahan.
3.        Pilih bahan-bahan yang sesuai.
4.        Menulis skrip.
5.        Bersedia membuat penggambaran.
6.        Sediakan bahan-bahan grafik.
7.        Sediakan bahan dan peralatan.
8.        Mulakan penggambaran.
9.        Menyunting.
10.      Membuat rakaman audio.
11.      Prebiu.
12.      Gunakan dalam pengajaran.
13.      Penilaian dan penambahbaikan.

Menyunting Video
  • 1)    Teknik asas menyunting video – Menggunakan hanya sebuah pemain video dan sebuah perakam video serta dua buah televisyen. Kedua-duanya perlu disambungkan dengan AV cable
  • 2)    Menyunting dalam kamera – Shot dan panjang shot ditentukan semasa rakam dibuat.
  • 3)    Assemble editing – Shot disalin ke pita baharu mengikut susunan yang dikehendaki.
  • 4)    Teknik sisipan – Rakaman baru dilakukan pada pita asal.
  • 5)    Menyunting dengan menggunakan Three-machine Editting.
  • 6)    Menyunting berbantukan komputer. - Windows Movie Maker - VCD Cutter v.4.04

No comments:

Post a Comment