Friday 13 May 2016

KONSEP PENGAJARAN



·  Menurut Ikhsan dan Norila (2006), sumber pengajaran merujuk kepada bahan-bahan pembelajaran dan pengajaran (P&P) yang perlu digunakan oleh guru bagi menggerakkan proses P&P ke arah mencapai objektif sesuatu P&P yang ditetapkan.  P&P memerlukan bahan-bahan sebagai medium untuk menyampaikan pengetahuan, kemahiran ataupun nilai sebagaimana yang diobjektifkan kepada kumpulan sasar iaitu murid-murid.  Tanpa medium sebagaimana yang dimaksudkan, proses penyampaian dalam pembelajaran dan pengajaran adalah kurang lancar serta kurang memberi kesan yang diharapkan.Jamaludin et al. (2000) pula merujuk sumber pengajaran kepada teknologi pendidikan.  Teknologi pendidikan ialah aplikasi prinsip-prinsip saintifik untuk membina dan membentuk sesuatu bahan bagi melaksanakan proses pembelajaran dan pengajaran.  Secara ringkasnya teknologi pendidikan ialah satu sistem yang meliputi alat dan bahan media, pengetahuan dan kemahiran, teknik dan organisasi yang digunakan secara terancang dan teratur (proses dan produk) bagi menghasilkan kecekapan di dalam proses pengajaran dan keberkesanan di dalam pembelajaran.

Rasional Bahan Sumber digunakan dalam Pembelajaran dan pengajaran Pendidikan Islam.

Seterusnya, menurut Jamaludin et al. (2000) dan Ikhsan dan Norila (2005), antara rasional menggunakan sumber atau bahan-bahan dalam proses PdP ialah;

  • 1.    Memotivasikan Pelajar

Penggunaan Alat bantu mengajar (ABM) yang pelbagai dapat menarik minat, menggalakkan penglibatan pelajar dalam proses pembelajaran dan juga menambahkan persepsi kawalan iaitu mereka suka dengan apa yang mereka lakukan. Sebagai contoh ialah melihat video, bermain perisian-perisian pendidikan dan melihat gamabr-gambar yang menarik.

  • 2.     Mengaitkan dengan Kehidupan

Pemilihan bahan-bahan yang kontekstual dan relevan oleh guru dapat membantu murid-murid menguasai pengetahuan, kemahiran dan nilai yang berguna untuk kehidupan seharian mereka.

  • 3.     Alat sokongan dan Perkongsian

Ini kerana suasana fizikal dan suasana psikologikal yang kondusif untuk murid-murid dapat meneruskan pembelajarannnya.Ini kerana variasi yang wujud dalam aktiviti ini dapat mengelakkan pelajar daripada cepat berasa bosan.

  • 4.    Memartabatkan Profesion

Meningkatkan kualiti profesion perguruan kerana penggunaan ABM di dalam kelas dapat menjamin keberkesanan penyampaian seseorang pendidik.

  • 5.    Mengurangkan Kos

Menjimatkan masa kerana sesuatu maklumat boleh digunakan berulangkali seperti maklumat di tranperansi di samping penggunaan komputer dalam proses pengiraan.


  • Kriteria-kriteria yang perlu diambil kira bagi seseorang guru untuk memilih Bahan bantu Mengajar dalam PdP yang dirancang.


·         Pemilihan bahan bantu mengajar yang sesuai dapat membantu guru melaksanakan sesi pengajaran yang lebih berkesan dan seterusnya mencapai objektif pembelajaran dan pengajaran yang telah dirancang. Sehubungan dengan itu guru perlu mengambilkira kriteria berikut dalam pemilihan bahan sumber:
  • Matlamat dan faedah-faedah penggunaan Sumber Pembelajaran dan pengajaran
Pembelajaran sesuatu konsep bermula dari peringkat konkrit ke peringkat abstrak. Penggunaan bahan sumber yang sesuai akan menyebabkan peralihan ini berlaku dengan lancar. Matlamat utama penggunaan bahan sumber dalam proses pengajaran pembelajaran ialah;
  • Pelajar dapat menguasai konsep atau kemahiran tertentu yang diajar oleh guru
  • Menggalak dan memperkukuhkan pembelajaran yang dilalui oleh pelajar.
Seterusnya, menurut Jamaludin et al. (2000) berdasarkan kajian-kajian, terdapat enam kesan dan faedah penggunaan bahan atau sumber dalam pembelajaran dan pengajaran. Antaranya seperti berikut;

  • Menjadikan Pendidikan Lebih Produktif

Penggunaan sumber yang sesuai dalam pendidikan boleh mempercepatkan kadar P&P dan guru akan mempunyai masa yang lebih untuk menjalankan kerja-kerja perancangan dan penyelidikan. Beban kerja guru juga akan berkurangan dan kurikulum dapat diselesaikan mengikut perancangan. Penggunaan TV pendidikan, contohnya boleh menggantikan peranan guru untuk suatu jangka masa tertentu. Guru hanya dikehendaki bertindak sebagai fasilitator
  • Pengajaran Bersifat Individual

Menggunakan pelbagai sumber P&P yang sesuai dan berkesan akan memberi peluang kepada guru menggunakan lebih banyak teknik-teknik pengajaran. Contohnya, penggunaan media teknologi seperti slaid dan rakaman, filem jalur, televisyen, radio, overhed projektor dan komputer multi media boleh meyakinkan guru tertentu menggunakan banyak teknik pengajaran tersendiri.
  • Pengajaran Berasaskan Kajian Saintifik

Dapatan daripada kajian-kajian dan penyelidikan selalunya dijadikan dasar dalam pemilihan bahan-bahan semasa merancang penggunaan teknologi dalam pendidikan menentukan program-program. Dengan itu pengajaran akan menjadi lebih berkesan. Oleh itu sebelum menghasil atau mengaplikasikan sesuatu bahan sumber pengajaran, guru perlu melakukan kajian dan penyelidikan saintifik agar sumber yang dibina dan diaplikasi itu sesuai dan dapat melancarkan proses P&P dan tidak hanya sekadar bergantung kepada konsep andaian yang belum pasti.
  • Pengajaran yang Bersemangat dan Bertenaga

Penggunaan sumber juga boleh merangsang persekitaran P&P. Contohnya dengan membawa peristiwa-peristiwa yang berlaku di tempat-tempat yang jauh kepada pelajar seperti yang terdapat dalam filem-filem. Ini dapat memudahkan pelajar faham dan mengetahui tentang sesuatu peristiwa atau fenomena yang berlaku sekaligus akan mewujudkan suasana P&P yang bersemangat dan bertenaga dari pihak guru dan pelajar.
  • Pengajaran Yang Hampir Kepada Keadaan Sebenar

Penggunaan sumber juga boleh membantu mendekatkan jurang antara dunia luar dengan alam persekitaran sekolah. Sebagai contoh, pelaksanaan kurikulum sekolah akan menjadi lebih dinamik menerusi televisyen, tayang filem dan media-media lain. Maklumat-maklumat yang berbentuk ilmu pengetahuan dan perkara sebenar yang dipilih dari buku-buku teks boleh disampaikan kepada pelajar secara kumpulan dan ini akan memudahkan pelajar berbincang bersama rakan dan memahaminya dengan panduan daripada guru mereka.
  • Pendidikan yang Lebih Seimbang

Keadaan persekitaran sesebuah sekolah dengan sekolah yang lain tidak mungkin sama. Maka melalui media teknologi sebagai sumber P&P, pelajar daripada sekolah yang kurang kaya persekitarannya akan mendapat peluang untuk melihat, mengalami dan mempelajari bahan-bahan yang ada di kawasan yang lebih maju daripada tempatnya. Justeru itu pelajar boleh melihat dan mempelajari bahan tersebut menerusi siaran langsung atau rakaman.



     


No comments:

Post a Comment