Wednesday 9 November 2016

Aspek dan Amalan-Amalan yang membawa kepada rosak Akidah

Definisi Kufur, Syirik, Riddah, Nifaq Dan Zalim Dari Sudut Etimologi Dan Epistimologi.

Persoalan kufur, syirik, riddah, nifaq dan zalaim adalah perkara-perkara yang boleh membawa kepada kerosakkan iman. Ia perlu diketahui secara mendalam dari sudut etimologi dan epistimologi untuk membolehkan kita menghindarkan diri dari terjerumus dengan perkara-perkara tersebut.
Kufur Dari Sudut Etimologi Dan Epistimologi.
            Menurut Ahmad Muhammad Salleh (2002) dari segi etimologi kalimah kufur dalam bahasa Arab bererti  ’dinding’ atau ’tutupan’. Orang Arab menyebutkan  malam dengan nama kafir disebabkan waktu malam ia menyembunyikan dan menghalang sesuatu dan mereka juga menyebut peladang itu sebagai kafir kerana peladang itu menutup ’mengambus’ benih dalam tanah. Manakala Muhammad Rafi’e (2008) pula berkata kufur membawa maksud menutup. Daripada perbuatan pula menutup kebenaran dan kemudian menolaknya dan ini berlawanan dengan maksud iman.
            Manakala dari sudut epistimologi pula, ’Afif Abdullah (1993) menjelaskan kufur ialah mengingkari adanya Allah dan tidak membenarkan apa yang datang kepada nabi Muhammad saw baik sebahagian daripadanya atau secara keseluruhannya. Abdul Hadi Awang (2006) pula mendefinisikan kufur ialah sifat ingkar kepada apa yang diperintahkan oleh Allah supaya beriman kepadanya setelah ditegakkan hujah-hujah, disampaikan kebenaran itu dan dinyatakan kepada mereka yang melakukan amalan-amalan yang dianggap ingkar menurut nas-nas-Nya. Muhammad Sulaiman Yaasin (1985) pula mengatakan kufur itu ialah mengingkari  dan mendustakan sesuatu yang difardhukan oleh Allah supaya mengimaninya selepas disampaikan dakwah dan dikemukakan hujah. Termasuk dalam pengertian kufur ialah melakukan perbuatan yang warid dalam nas atau yang dinaskan oleh syarak bahawa perbuatan itu telah mengeluarkan pelakunya dari iman tanpa mengira apa yang tersembunyi dalam hatinya.     
Syirik Dari Sudut Etimologi Dan Epistimologi.
Syirik berasal dari perkataan شرك yang diambil daripada kata kerja اشرك yang bermaksud sekutu atau kongsi. Ia juga dikatakan sebagai persekutuan atau nasib. Syirik juga adalah sebuah kata yang digunakan untuk mengungkapkan sesuatu yang terjadi antara dua orang atau lebih. Mohd Sulaiman Yasin (1997) pula mentakrifkan syirik dari segi bahasa sebagai mencampurkan atau menyekutukan sesuatu dengan sesuatu yang lain.
Kamus Dewan Bahasa Edisi ketiga mentakrifkan syirik sebagai “perbuatan menyekutukan Allah dengan yang lain seperti beribadah kepada selain Allah denganmenyembah patung, tempat keramat dan sebagainya”. Manakala dari sudut istilahsyarak, syirik adalah dosa yang paling besar dan tidak diampunkan oleh Allah SWT diHari Akhirat. Orang yang melakukannya menjadi kafir serta kekal di dalam neraka selama-lamanya. Allah berfirman dalam surah al-Bayyinah: 6 ;
Maksudnya: ”Sesungguhnya orang-orang yang kafir dari ahli Kitab dan orang-orang musyrik itu akan ditempatkan di dalam neraka Jahannam, kekallah mereka di dalamnya. Mereka itulah sejahat-jahat makhluk”.
Manakala dari segi istilah pula membawa maksud mensyarikatkan Allah SWT dengan makhluk atau mensyarikatkan makhluk dengan Allah pada Zat-Nya, Asma-Nya dan sifat-Nya. Manalaka Ahmad Mohd Salleh (2002) mentakrifkan syirik sebagai menyekutukan Allah SWT dengan sesuatu makhluk atau mempercayai bahawa adanya kuasa yang lebih berkuasa daripada Allah SWT. Secara kesimpulannya, syirik ialah menjadikan Allah sekutu dengan sesuatu dalam apa juga bentuk sama ada perkataan, pegangan, perbuatan dan iktiqad
Riddah Dari Sudut Etimologi Dan Epistimolo
Riddah dalam arti bahasa adalah “ar rujuu’a ‘anisy syay’i ila ghoyrih”, yang artinya kembali dari sesuatu ke sesuatu yang lain. Ibrahim Unays dan kawan-kawan dalam kamus Al Mu’jamil Wasith jilid I mengemukakan bahwa riddah berasal dari kata رده رد ورده   yang artinya menolak dan memalingkannya. الردة  yang bererti الرجع  iaitu kembali.
Menurut epistimologi pula, pengertian riddah adalah sebagaimana dikemukakan oleh Wahbah Zuhayli adalah sebagai berikut;“riddah menurut syaro’ adalah kembali dari agama Islam kepada kekafiran, baik dengan niat, perbuatan yang menyebabkan kekafiran, atau dengan ucapan. Pengertian yang sama dikemukakan juga oleh Abdul Qodir Awdah sebagai berikut; “riddah adalah kembali (keluar) dari agama Islam atau memutuskan (keluar) dari agama Islam. Dari definisi-definisi yang dikemukakan di atas, dapatlah difahami bahwa orang yang murtad adalah orang yang keluar dari agama Islam dan kembali kepada kekafiran.
Nifaq Dari Sudut Etimologi Dan Epistimologi.
Nifaq (اَلنِّفَاق) berasal dari kata نَافَقَ-يُنَافِقُ-نِفَاقاً ومُنَافَقَةً yang diambil dari kata النَّافِقَاءُ (naafiqaa’). Nifaq secara etimologi bererti salah satu lubang tempat keluarnya yarbu’ (haiwan sejenis tikus) dari sarangnya, di mana jika ia dicari dari lubang yang satu, maka ia akan keluar dari lubang yang lain. Dikatakan pula, ia berasal dari kata النَّفَقُ (nafaq) yaitu lubang tempat bersembunyi.
 Nifaq menurut terminologi bererti menampakkan keislaman dan kebaikan tetapi menyembunyikan kekufuran dan kejahatan. Mohd Sulaiman Yaasin menjelaskan maksud nifaq iaitu melahirkan sesuatu dalam perkara agama atau urusan agama dengan lidahnya yang berlawanan dengan apa yang ada dalam hatinya atau batinnya. Dinamakan munafiq juga kerana dia masuk pada syari’at dari satu pintu dan keluar dari pintu yang lain. Kerana itu Allah memperingatkan dengan firman-Nya dalam surah at-Taubah : 67,
إِنَّ الْمُنَافِقِينَ هُمُ الْفَاسِقُونَ
Maksudnya:“Sesungguhnya orang-orang munafiq itu mereka adalah orang-orang yang fasiq.”
Iaitu mereka adalah orang-orang yang keluar dari syari’at. Menurut al-Hafizh Ibnu Katsir mereka adalah orang-orang yang keluar dari jalan kebenaran masuk ke jalan kesesatan.
Zalim Dari Sudut Etimologi Dan Epistimologi.
Perkataan zalim berasal dari bahasa Arab yang bermaksud gelap. Kata zalim berasal dari bahasa Arab, dengan huruf “dho la ma” (ظ ل م ) yang bermaksud gelap.
Dari aspek epistimologi makna “zalim” yang didefinisikan oleh para ulama adalah segala sesuatu  tindakan atau perbuatan  yang  melampaui batas,  yang  tidak  lagi  sesuai  dengan  ketentuan  yang  telah ditetapkan oleh Allah SWT.  Baik dengan cara menambah  ataupun  mengurangi hal-hal yang berkaitan dengan waktu, tempat atau letak maupun sifat dari perbuatan-perbuatan yang melampaui batas tersebut. Ia berlaku untuk  masalah-masalah yang berkaitan dengan ibadah (hablum-minallah), maupun hubungan kemanusiaan dan alam semesta (hablum-minannaas).  Ia mungkin juga berlaku dalam skala kecil maupun besar, tampak ataupun tersembunyi.” Maksud zalim dari segi istilah  ialah tidak meletakkan sesuatu pada tempatnya.

Konsep Kufur, Syirik, Riddah, Nifak Dan Zalim Menurut Al-Quran Dan Al-Hadith
Setelah meneliti pengertian kufur, syirik, riddah, nifak ddan zalim menurut etimologi dan epistimologi, kita meneliti pula menurut al-Quran dan al-Hadith agar mendapat pemahaman yang lebih mendalam kerana mendapat pandangan daripada wahyu Allah swt sendiri.

Kufur Menurut Al-Quran Dan Al-Hadith
   
Dalam al-Quran sering dirujuk kalimah 'kafir' atau 'kufur' atau 'menentang' atau dalam istilah harian sebagai tidak mahu menerima kenyataan. Firman Allah (saw) dalam surah al-Baqarah : 6,  

Maksudnya;'Sesungguhnya orang-orang yg kafir atau kufur atau ingkar itu samalah pada mereka sama ada engkau (Muhammad (s.a.w)) menakut-nakutkan mereka atau tidak engkau menakut-nakutkan mereka mereka tidak akan beriman (mahu mengikut).'

Apabila kita teliti ayat ini, para ulama' dan para ilmuwan sering berkata bahawa ayat ini ditujukan kepada orang musyrik (iaitu yang tidak mengakui kewujudan Tuhan yg Esa) atau orang kafir (iaitu yang mengakui wujudnya tuhan tetapi tidak mahu menerima Islam dan menerima Rasulullah (s.a.w) sebagai utusan Allah (s.a.w) dan mereka yg tidak mahu beriman (iaitu yakin dengan hari pembalasan, tentang syurga dan neraka). Atau mereka juga memasukkan golongan ini sebagai orang yg fasiq iaitu mereka yang Islam tetapi tidak mengerjakan segala perintah dan suruhan walaupun mereka berkata mereka beriman.

Syirik Menurut Al-Quran Dan Al-Hadith

Syirik merupakan persoalan yang menyentuh aqidah. Syirik bermaksud menyengutukan Allah  dalam ibadah dan perhambaan. Menyengutukan Allah  seperti menjadikan tuhan-tuhan lain setanding dengan Allah, meminta tolong dan menyampaikan hajat kepada perkara-perkara lain selain daripada Allah adalah syirik. Sebenarnya Islam mendidik kita agar menjadikan segala ibadah yang dilakukan hanya ditujukan kepada Allah. Allah  menegaskan perkara tersebut di dalam Al-Quran:
Maksudnya : “Katakanlah: Sesungguhnya aku ini manusia biasa seperti kamu, yang diwahyukan kepadaku: “Bahawa sesungguhnya Ilah kamu itu adalah Ilah yang Esa”, barangsiapa mengharap perjumpaan dengan Rabbnya, maka hendaklah ia mengerjakan amal yang saleh dan janganlah ia menyengutukan seorang pun dalam beribadat kepada Rabbnya”. 

Al-Qur’an membahagikan syirik kepada syirik besar iaitu syirik menyembah sesuatu yang lain (seperti berhala) yang dianggap sebagai tuhan. Sesungguhnya Allah  tidak mengampunkan dosa orang yang melakukan perbuatan tersebut. Firman Allah  dalam Al-Quran :
Maksudnya:“Sesungguhnya telah kafirlah orang-orang berkata sesungguhnya Allah ialah Al-Masih putera Maryam, pada hal Al-Masih sendiri berkata, “Hai Bani Israel, sembahlah Allah Rabbku, dan Rabbmu”. Sesungguhnya orang yang menyengutukan Allah dengan sesuatu, maka pasti Allah mengharamkan kepadanya syurga dan tempatnya ialah neraka, tidaklah ada bagi orang-orang yang zalim itu seorang penolong pun “ (Al-Maidah:72)

Selain itu terdapat juga syirik kecil iaitu meyakini azimat, mentera-mentera, jampi-jampi, dukun dan bersumpah dengan sumpah selain daripada Allah. Termasuk juga dalam syirik kecil ialah sesuatu yang merosakkan keikhlasan dalam beribadah dan ber’ubudiyyah kepada Allah seperti riyak, takabur dan ‘ujub.
Syirik merupakan penghinaan terhadap kemuliaan manusia dan penurunan martabat serta kedudukannya. Sesungguhnya Allah Subhanahuwata’ala menjadikan manusia sebagai khalifah-Nya. Oleh itu manusia tidak perlu takut, tunduk atau menyembah sesama makhluk. Firman Allah;
Maksudnya : “Dengan ikhlas kepada Allah, tidak menyengutukan sesuatu dengan Dia, barangsiapa menyengutukan sesuatu dengan Allah, maka adalah ia seolah-olah jatuh dari langit lalu disambar oleh burung, atau diterbangkan angin ke tempat yang jauh. (Al-Hajj:31)

Syirik mengajar penganutnya berserah diri dan bertawakkal kepada sesuatu yang lain daripada Allah. Ini akan menyebabkan seseorang itu akan lemah pergantungannya kepada Allah. Sedangkan segala sesuatu yang lain tidak mempunyai sebarang kuasa pun melainkan dengan izin Allah Subhanahuwata’ala. Firman Allah SWT:
Maksudnya :“Dan mereka sembah selain daripada Allah, sesuatu yang tidak dapat memudharatkan mereka dan tidak dapat memberikan manfaat kepada mereka. Tetapi mereka berkata, “Mereka itu penolong-penolong kami pada sisi Allah”. Katakanlah, “Apakah kamu mahu terangkan kepada Allah apa yang (kononnya) Dia tidak tahu (tentang) di langit-langit dan di bumi?”. Maha Suci Allah dan Dia Maha Tinggi daripada apa yang mereka sekutukan”.(Yunus : 18).

Rasulullah SAW mengingatkan kepada umatnya agar menjauhi perbuatan syirik kerana perbuatan tersebut balasannya adalah neraka. Sabda Rasulullah  yang bermaksud :
“Barangsiapa yang berjumpa dengan Allah (meninggal dunia) dalam keadaan syirik kepada Allah dengan sesuatu maka dia akan memasuki neraka “(Riwayat Bukhari)

Riddah Menurut Al-Quran Dan Al-Hadith

Riddah disebut di dalam al-Qur’an sebanyak dua kali; sekali dalam Surah al-Baqarah, ayat 217 dan sekali lagi dalam Surah al-Maidah, ayat 54. Di dalam Surah al-Baqarah Allah berfirman, maksudnya:

Maksudnya:“Barangsiapa di antara kamu murtad dari agama-nya lau dia mati dalam keadaan kafir maka mereka itu, semua amal perbuatannya di dunia mahupun akhirat seluruhnya menjadi gugur (hapus) dan mereka itu menjadi penghuni neraka dan mereka kekal di dalamnya”

Manakala di dalam Surah al-Maidah pula Allah berfirman,:

Maksudnya : “Hai orang-orang yang beriman, barangsiapa yang murtad dari agamanya maka Allah akan mengadakan suatu kaum lain yang dicintai-Nya dan mereka cinta kepada-Nya dan bersikap lunak terhadap sesama mukmin dan keras terhadap orang-orang kafir. Mereka berjuang di jalan Allah dan tidak takut kepada celaan sesiapapun.”

Kedua-dua ayat di atas tidak dinyatakan sebarang hukum atau hukuman terhadap orang murtad sepertimana yang difatwakan oleh para fuqaha’. Ayat-ayat bekenaan hanya menunjukkan bahawa orang-orang yang murtad terhindar daripada rahmat Allah SWT. Namun begitu hukuman bunuh terhadap orang murtad ini boleh didapati di dalam hadith-hadih Nabi SAW; antara lain sabda baginda yang bermaksud

Barangsiapa menukar agamanya (daripada Islam kepada agama lain) hendaklah kamu bunuhkannya (Riwayat al-Jama’ah, kecuali Muslim)

Juga sabda baginda bermaksud;

“tidak halal darah seorang muslim kecuali dengan salah satu daripada tiga sebab, iaitu penzina dewasa (yang sudah berkahwin secara sah), Qisas nyawa dengan nyawa dan orang yang meningggalkan agamanya (islam) dan memisahkan dirinya daripada jamaah (umat) Islam” (Riwayat al-Bukhari dan Muslim) 

Nifak Menurut Al-Quran Dan Al-Hadith

Pada awal surat Al-Baqarah, Allah Subhanahu wa Ta’ala menyebutkan tiga golongan manusia iaitu kaum mukminin, orang-orang kafir dan orang-orang munafik. Allah SWT menjelaskan kepada kaum mukminin di dalam ayat-ayat tersebut tentang kebusukan hati orang-orang munafik dan permusuhan mereka kepada kaum mukminin dan juga  menerangkan bahwa mereka adalah orang-orang yang berbuat kerusakan namun mendakwa sebagai orang yang melakukan kebaikan. Allah berfirman;

Maksudnya; ”Apabila dikatakan kepada mereka, “Janganlah kalian melakukan kerusakan di muka bumi.” Maka mereka berkata, “Kami hanyalah orang-orang yang melakukan perbaikan.” Ketahuilah, mereka adalah umat yang melakukan kerusakan namun mereka tidak mengetahuinya. (Al-Baqarah: 11-12)

Mereka adalah orang-orang dungu. Allah Subhanahu wa Ta’ala berfirman:
  
Maksudnya; “dan apabila dikatakan kepada mereka: "Berimanlah kamu sebagaimana orang-orang itu telah beriman". mereka menjawab: "Patutkah Kami ini beriman sebagaimana berimannya orang-orang bodoh itu?" Ketahuilah!
Sesungguhnya merekalah orang-orang Yang bodoh, tetapi mereka tidak mengetahui (hakikat Yang sebenarnya).

Di antara bentuk balasan dari Allah Subhanahu wa Ta’ala adalah ketika di hari kiamat nanti, sebagaimana Allah Subhanahu wa Ta’ala berfirman:

Di dalam ayat-ayat lainnya, Allah Subhanahu wa Ta’ala mengancam orang-orang munafikin dengan ancaman yang keras. Allah Subhanahu wa Ta’ala berfirman:

أَلَمْ يَعْلَمُوا أَنَّهُ مَنْ يُحَادِدِ اللهَ وَرَسُولَهُ فَأَنَّ لَهُ نَارَ جَهَنَّمَ خَالِدًا فِيهَا ذَلِكَ الْخِزْيُ الْعَظِيمُ

Maksudnya:“Tidakkah mereka (orang-orang munafik) mengetahui bahwasanya barangsiapa menentang Allah dan Rasul-Nya maka bagi dia neraka jahanam. Dia kekal di dalamnya dan itu adalah kehinaan yang besar.” (At-Taubah: 63)

Nifaq amali (perbuatan) iaitu melakukan sesuatu yang merupakan perbuatan orang-orang munafiq, tetapi masih tetap ada iman di dalam hati. Nifaq jenis ini tidak mengeluarkannya dari agama, tetapi merupakan perantara (wasilah) kepada yang demikian. Pelakunya berada dalam iman dan nifaq. Lalu jika perbuatan nifaqnya banyak, maka akan bisa menjadi sebab terjerumusnya dia ke dalam nifaq sesungguhnya, berdasarkan sabda Nabi shallallaahu ‘alaihi wasallam ,

أرْبَعٌ مَنْ كُنَّ فِيْهِ كَانَ مُنَافِقًا خَالِصًا، وَمَنْ كَانَتْ فِيْهِ خَصْلَةٌ مِنْهُنَّ كَانَتْ فِيْهِ خَصْلَةٌ مِنَ النِّفَاقِ حَتَّى يَدَعَهَا، إِذَا اؤْتُمِنَ خَانَ، وَإِذَا حَدَّثَ كَذَبَ، وَإِذَا عَاهَدَ َغَدَرَ، وَإِذَا خَاصَمَ فَجَر

Maksudnya ;"Ada empat hal, yang jika berada pada diri seseorang maka ia menjadi seorang munafiq sesungguhnya, dan jika seseorang memiliki kebiasaan salah satu dari padanya, maka berarti ia memiliki satu kebiasaan (ciri) nifaq sampai ia meninggalkannya; bila dipercaya ia berkhianat, bila berbicara ia berdusta, bila berjanji ia memungkiri dan bila bertikai ia berbuat curang." (Muttafaqun 'alaih).

Zalim Menurut Al-Quran Dan Al-Hadith

Dalam Al-Quran terdapat kurang lebih 200 ayat yang khusus membicarakan dan menjelaskan segala hal yang berkaitan dengan masalah “zalim” atau “kezaliman”, suatu perkara yang sangat dibenci oleh Allah SWT sebagaimana yang tersurat dalam salah satu firman-NYA:

“Adapun orang-orang yang beriman dan mengerjakan amal-amal saleh, maka Allah akan memberikan kepada merekadengan sempurna  pahala amalan-amalan mereka; dan Allah sangat benci kepada orang-orang yang zalim.”  (Q.S.Ali ‘Imraan: 57)
              
Secara umum makna kata “zalim” yang kita kenal adalah segala sesuatu perbuatan jahat ataupun berbuat aniaya baik kepada orang lain mahupun kepada diri sendiri dan makhluk lainnya. Sedangkan menurut syariat Islam yang terdapat pada firman Allah SWT dalam surah Al-Baqarah ayat  229 yang berbunyi:  

Maksudnya:“Dan barangsiapa yang melanggar hukum-hukum Allah, mereka itulah orang-orang yang zalim”

Allah SWT juga menyamakan kata kezaliman  dengan kebodohan sebagaimana firman-Nya dalam surah al-Ahzab ayat 72:

Maksudnya:“Sesungguhnya manusia itu amat zalim dan amat bodoh

Oleh itu dalam pandangan agama orang-orang zalim tersebut sesungguhnya  dipandang  sebagai  orang  yang  bodoh. Dalam hal ini semakin  zalim  dirinya, maka semakin tinggilah kebodohannya. Sekalipun secara lahiriah ia memiliki pendidikan yang tinggi, pangkat yang tinggi, kedudukan dan kekuasaan yang dipandang hormat oleh orang lain.

Dengan memperhatikan dan memahami apa-apa yang telah difirmankan Allah SWT di dalam Al-Quran, maka diantara bentuk perbuatan zalim yang sangat dibenci dan yang dimurkai Allah SWT antara lain adalah seperti mempersekutukan Allah, mendustakan Allah, menyembunyikan kebenaran, menyalahi janji, orang-orang yang fasik; menyalahgunakan amanah yang diberikan, orang-orang beriman yang mengikuti perilaku dan keinginan orang kafir, orang yang mengingkari Rasulullah SAW serta  perbuatan-perbuatan yang melanggar hukum lainnya yang telah ditetapkan oleh Allah. 

Berkaitan dengan hal ehwal yang berkaitan dengan “kezaliman”, maka satu hal yang patut difahami dan diyakini adalah bahwa segala keburukan dan kemudaharatan yang  ditimpakan Allah kepada manusia  akibat dari kezaliman yang mereka perbuat. Keadaan ini bukanlah perbuatan atau tidakan “zalim”  Allah kepada makhluk-Nya. Segala keburukan dan kemudharatan tersebut  semata-mata bersumberkan keserakahan dan kebodohan manusia itu sendiri  yang secara tegas telah  dinyatakan Allah dengan firman-NYA:  

 Maksudnya:“Sesungguhnya Allah tidaklah berbuat zalim kepada manusia barang sedikitpun, akan tetapi manusia itu sendirilah yang berbuat zalim kepada diri mereka sendiri. “  (Q.S. Yunus: 44)

Keadaan ini hendaklah benar-benar disedari, sebab siapa saja yang menampakkan kebodohannya dengan perbuatan zalim yang ia lakukan, maka Allah SWT tidak akan pernah mendapatkan pertolongan dan perlindungan dari Allah SWT sebagaimana firman-NYA: 

Makssudnya:“Dan bagi orang-orang  yang zalim itu tidak ada bagi mereka  seorang pelindungpun dan tidak pula seorang  penolong baginya.”    (Q.S.As-Syura : 8)
        
Amalan-amalan yang membawa kepada kufur 

Kekufuran adalah suatu perkara yang boleh terjadi kepada orang-orang yang beriman jika ia tidak dijaga dengan baik. Terdapat banyak amalan-amalan yang boleh menjerumuskan seseorang kepada kekufuran seperti meolak hukum Allah, mempersendakan sunnah Nabi, menolak hadith dan sebagainya lagi.

Klasifikasi Pembahagian Kufur Dan  Syirik

Kufur jika ditinjau dari timbangan dosa terbahagi kepada dua jenis iaitu kufur besar dan kufur kecil. Kufur besar adalah kufur yang boleh mengeluarkan pelakunya dari Islam dan kufur besar ini dibahagikan pula kepada lima jenis iaitu:

i.              Kufur karena mendustakan. Allah swt berfirman;

Maksudnya:”Dan siapakah yang lebih zalim daripada orang-orang yang mengada-adakan kedustaan terhadap Allah atau mendustakan yang hak tatkala yang hak itu datang kepadanya ?Bukankah dalam neraka Jahannam itu ada tempat bagi orang-orang yang kafir ?”

ii.            Kufur karena enggan dan sombong, padahal ia tahu dan membenarkannya. Allah berfirman;

Maksudnya:”Dan (ingatlah) ketika Kami berfirman kepada para Malaikat :”Sujudlah kamu kepada Adam”, maka sujudlah mereka kecuali iblis; ia enggan dan takabur dan adalah ia termasuk golongan orang-orang yang kafir”.

iii.           Kufur karena ragu. Allah berfirman;

Maksudnya:”Dan dia memasuki kebunnya sedang ia zalim terhadap dirinya sendiri; ia berkata:”Aku kira kebun ini tidak akan binasa selama-lamanya, dan aku tidak mengira hari kiamatitu akan datang, dan jika sekiranya aku dikembalikan kepada Rabbku, pasti aku akan  mendapat tempat kembali yang lebih baik daripada kebun-kebun itu”.

iv.           Kufur karena berpaling, firman Allah swt;

Maksudnya:”Kami tiada menciptakan langit dan bumi dan apa yang ada di antara keduanya melainkan dengan (tujuan) yang benar dan dalam waktu yang ditentukan. Dan orang-orang yang kafir berpaling dari apa yang diperingatkan kepada mereka”.

Manakala kufur kecil pula adalah kufur yang tidak mengeluarkan pelakunya dari Islam, dan ia adalah kufur amali. Kufur amali adalah dosa-dosa yang disebut dalam al-Quran dan as-sunnah sebagai dosa-dosa kufur, tetapi tidak mencapai darjat kufur besar. Antara contohnya kufur amali adalah seperti berikut:

i.              kufur nikmat sebagaimana disebutkan dalam firman-Nya;

Maksudnya:”Mereka mengetahui nikmat Allah, kemudian mereka mengingkarinya dan kebanyakan mereka adalah orang-orang yang kafir”..

ii.      Termasuk juga membunuh orang muslim, Rasulullah SAW bersabda yang mafhumnya;

Mencaci seorang muslim adalah suatu kefasikan dan membunuhnya adalah kekufuran”.

Ciri-ciri dan sifat kufur, syirik, riddah, nifaq dan zalim dalam pandangan Islam
Antara ciri-ciri syirik adalah seperti berikut;
i.             Menafikan sifat Allah s.w.t iaitu tidak mempercayai sifat 2 wajib, mustahil dan harus bagi Allah.
ii.            Menyembah sesuatu selain daripada Allah (S.W.T) iaitu menyembah berhala, patung, matahari dan sebagainya.
iii.           Menafikan tentang kekuasaan Alllah (S.W.T) melalui perkataan dan perbuatan, iaitu mengucap atau melakukan sesuatu yang menunjukkan tanda tidak mengakui kekuasaan Allah (S.W.T).
 Implikasi riddah, nifaq dan zalim terhadap kehidupan beragama bagi umat Islam
Antara implikasi murtad terhadap kehidupan beragama seseorang muslim adalah seperti berikut;

i.              Ditegah sepenuhnya dari menggunakan hartanya. Sehubungan itu, harta tersebut diletakkan di bawah pengawasan pemerintah dan digunakan untuk memenuhi keperluannya yang daruri. Sekiranya dia kembali kepada Islam, maka tegahan tersebut tidak dilaksanakan lagi dan dikembalikan harta tersebut kepadanya. Sekiranya tidak bertaubat, harta tersebut dianggap bukan miliknya sejak permulaan tarikh murtad.

ii.            Terputus hak pewarisan di antaranya dengan kaum kerabatnya. Sekiranya mati salah seorang kaum keluarganya dan dia masih murtad ketika itu, maka dia tidak dapat mewarisi harta tersebut berdasarkan hadis Nabi SAW yang mafhumnya;

”Tidak mewarisi orang muslim akan orang kafir, dan tidak mewarisi orang kafir akan orang muslim”.

iii.           Terpisah dengan isterinya dan akad perkahwinan tersebut tergantung. Sekiranya orang murtad itu kembali kepada Islam dalam tempoh eddah maka dia boleh bersama semula dengan isterinya tanpa akad yang baru dan tanpa rujuk. Sekiranya dia berterusan murtad sehingga tamat eddah, maka akad perkahwinan terfasakh bermula tarikh murtadnya. Sekiranya selepas itu, dia ingin kembali kepada isterinya, maka hendaklah dengan akad dan mahar yang baru.



           

                       


No comments:

Post a Comment