Tuesday 8 November 2016

Pengurusan Pendidikan Islam di Malaysia

Pendidikan Islam sekolah rendah adalah pendidikan awal yang wajib dipelajari oleh setiap murid Islam dari Tahun 1 hingga Tahun 6. Pendidikan Islam sekolah rendah memenuhi tuntutan fardu ain, menekankan kemahiran-kemahiran asas yang perlu dikuasai oleh individu Muslim. Selaras dengan proses perkembangan intelek, rohani, emosi dan jasmani murid-murid. Merangkumi aspek keimanan, kemanusiaan, kemasyarakatan dan kenegaraan.

Tumpuan Khusus mata pelajaran Pendidikan Islam:
  • 1)    Pendidikan Asas Tilawah al-Quran
  • 2)    Pembentukan Aqidah dan Bimbingan Asas Fardu Ain
  • 3)    Pemupukan amalan Fardu Ain dan Kifayah yang dituntut oleh Syariat
  • 4)    Penerapan Adab yang berteraskan Akhlak Islamiah ke dalam diri murid.


Keempat-empat bidang ini hendaklah disampaikan dengan berkesan. Penyampaian yang berkesan mampu menanam asas keimanan dan membentuk murid-murid agar mempunyai cita-cita tinggi, daya tahan, semangat juang, gigih berusaha dan mampu mengubah diri yang menyumbang kepada asas tamadun masyarakat, bangsa dan negara.

Para pendidik perlu memastikan setiap murid menguasai ilmu, amalan dan kemahiran yang telah ditetapkan supaya matapelajaran Pendidikan Islam ini dapat menyumbang kearah pembentukan muslim mumin yang berilmu, beriman, beradab, berakhlak mulia, berketrampilan, bertanggungjawab, beramal salih dan bertakwa selaras dengan Falsafah Pendidikan Kebangsaan dan Falsafah Pendidikan Islam.

Matlamat Pendidikan Islam Sekolah Rendah

Matlamat pendidikan Islam adalah untuk menghasilkan muslim yang berilmu, beriman, berketrampilan, beramal soleh dan berakhlak mulia berdasarkan al Quran dan al Sunnah supaya menjadi hamba dan khalifah Allah yang bertaqwa dan menyumbang kearah mempertingkat tamadun bangsa dan negara.

Objektif Pendidikan Islam

Setelah mengikuti kurikulum Pendidikan Islam sekolah rendah, murid dapat :
  • Membaca surah-surah terpilih dari juzu’ Amma dengan betul dan fasih, untuk memupuk minat membaca al Quran dan menjadi amalan
  • Menghafaz ayat lazim yang terpilih untuk bacaan dalam solat dan ibadat harian
  • Memahami maksud beberapa surah yang dipelajari dan menghayati pengajarannya kearah meyakini al Quran sebagai rujukan petunjuk Allah
  • Memahami dan meyakini asas-asas keimanan sebagai pegangan akidah dan benteng keagamaan
  • Mengamalkan ibadat-ibadat asas dalam fardu ain serta memahami fardu kifayah sebagai tuntutan kewajipan umat Islam
  • Memahami dan mengambil iktibar dengan sirah Rasulullah saw sebagai asas perkembangan tamadun manusia
  • Mengamalkan adab dan menghayati nilai-nilai akhlak dalam kehidupan seharian
  •  Membaca dan menulis jawi serta mencinta ilmu sebagai warisan budaya bangsa

Kandungan Kurikulum

Asuhan Tilawah Al-Quraan
  • Membaca Surah–surah terpilih dari juzuk Amma dengan betul dan fasih, untuk memupuk minat membaca AQuran dan menjadi amalan
  • Membaca ayat-ayat al- Quraan dengan Betul dan fasih.
  • Menghafaz ayat-ayat tertentu dengan betul dan fasih
  • Menghafaz ayat-ayat lazim yang terpilih untuk bacaan dalam solat dan ibadah harian.
  • Memahami maksud beberapa surah yang dipelajari ddengan menghayati beberapa surah sebagai rujukan petunjuk Allah.
  • Memahami pengertian surah-surah tertentu daripada Juzuk Amma (Juzuk 30 ) dan menghayati pengajarannya.

Asas Ulum As- Syariah
  • Memahami dan meyakini asas-asas keimanan sebagai pegangan akidah dan benting keagmaan
  • Mengamalkan ibadah-ibadah asas Fardu Ain s erta memahami Fardu Kifayah sebagai tuntutan kewajipan umat Islam
  • Memahami dan mengambil Iktibar dengan sirah Rasulullah S.A.W. sebagai asas perkembangan tamadun manusia,
  • Penekanan akidah,pembentukan sikap dan tanggungjawab terhadap Allah
  • Pengetahuan mengenai peraturan ibadah yang ditentukan oleh Allah Taala dan melaksanakannya
  • Percontohan dan pengambilan iktibar dari Sirah Rasulullah S. A..W
  • Implikasi Akidah,Ibadah dan Sirah dari segi tanggungjawab terhadap diri, keluarga,masyarakat dan Negara.

Asas Akhlak Islamiah
  • Mengamal adab dan menghayati nilai-nilai akhlak
  • Kepatuhan terhadap perturan dan cara hidup Muslim dalam hubungan dalam kehidupan seharian dengan Allah S.W.T. dan Rasulullah S.A.W
  • Kepatuhan terhadap peraturan dan tatacara perhubungan manusia dengan diri, keluarga, alam sekitar,masyarakat dan Negara

Pelajaran Jawi 
  • Membaca dan menulis jawi serta mencintainya sebagai warisan budaya bangsa.
  • Menulis tulisan jawi dengan baik
  • Membaca jawi dengan lancar
  • mempelajari seni tulisan jawi.

Ciri-ciri pengajaran dan pembelajaran yang terdapat dalam Buku Panduan Guru antaranya ialah:

1. Wujud pembelajaran yang berkesan dan suasana bilik darjah yang mengembirakan .
2. Penglibatan murid secara aktif
3. Strategi pengajaran yang merangsangkan perbincangan dan penerokaan
4. Suasana pembelajran kooperatif di mana murid berpeluang melihat diri mereka sebagai murid yang berkebolehan
5. Kemahiran Berfikir
6. Pengajran Berasaskan kajian Masa Depan (KMD)
7. Pembelajaran secara konstruktivisme
8. Pembelajran secara kontekstual
9. Penggunaan ICT dalam pengajaran dan pembelajaran

Dokumen Standard Kurikulum Pendidikan Islam KSSR

Kurikulum Bersepadu Sekolah Rendah(KBSR) telah melalui proses transformasi. Kurikulum yang telah diperkukuh dan ditambah baik ini dikenali sebagai Kurikulum Standard Sekolah Rendah (KSSR). Mulai tahun 2011, KSSR dllaksanakan secara berperingkat bermula dengan Tahun 1. Kurikulum Transformasi Sekolah Rendah digubal berasaskan standard kandungan dan standard pembelajaran.

Standard kandungan bermaksud penyataan spesifik tentang perkara yang murid patut ketahui dan boleh lakukan dalam suatu tempoh persekolahan merangkumi aspek pengetahuan,kemahiran dan nilai. Manakala standard pembelajaran pula bermaksud satu penetapan kriteria atau indikator kualiti pembelajaran dan pencapaian yang boleh diukur bagi setiap standard kandungan.

Matlamat

Matlamat Pendidikan Islam sekolah rendah adalah untuk menghasilkan insan yang berilmu, beriman, beramal soleh dan berakhlak mulia dengan menjadikan al-Quran dan al-Sunnah sebagai panduan dalam kehidupan seharian supaya menjadi hamba Allah yang berjaya di dunia dan di akhirat.

Objektif

Murid yang mengikuti pengajaran dan pembelajaran kurikulum standard Pendidikan Islam sekolah rendah berkebolehan untuk:

1. Membaca al-Quran dengan betul dan bertajwid serta mengamalkan pembacaannya dalam kehidupan seharian;
2. Menghafaz surah-surah terpilih dari juzu’ amma untuk bacaan dalam solat dan ibadat harian;
3. Memahami maksud beberapa surah yang dipelajari dan menghayati pengajarannya;
4. Membaca dan memahami hadis-hadis terpilih serta menghayati pengajarannya;
5. Memahami dan meyakini asas-asas keimanan sebagai pegangan akidah dan benteng keagamaan;
6. Memahami dan mengamalkan ibadat-ibadat asas fardu ‘ain dan fardu kifayah sebagai kewajipan umat Islam;
7. Memahami dan mengambil iktibar daripada sirah Rasulullah s.a.w. bagi menanam rasa kecintaan kepada baginda;
8. Memahami dan mengamalkan adab serta menghayati nilai-nilai akhlak dalam kehidupan seharian; dan
9. Membaca dan menulis jawi serta mencintainya sebagai warisan budaya bangsa;

Fokus

Kurikulum standard Pendidikan Islam sekolah rendah memberi penekanan kepada kemahiran membaca al-Quran, hadis, pemantapan asas-asas akidah, ibadah, akhlak dan sirah Rasulullah s.a.w. serta kemahiran jawi. Pada akhir pembelajaran Pendidikan Islam sekolah rendah murid mampu memahami, mengamal dan menghayati tuntutan fardu ain dan fardu kifayah dalam kehidupan harian.

Organisasi Kandungan

Kurikulum Pendidikan Islam sekolah rendah dibangunkan dengan memberi penekanan pada standard kandungan dan standard pembelajaran yang perlu diketahui dan boleh dilakukan oleh murid . Standard kandungan Pendidikan Islam Sekolah Rendah dibahagikan kepada tujuh modul iaitu:

1. Modul al Quran
Modul ini memberikan tumpuan kepada membaca al-Quran dengan betul, fasih dan bertajwid, menghafaz dan memahami surah al-Fatihah dan surah tertentu daripada juzu’ Amma serta menghayati pengajarannya.
2. Modul Hadis
Modul ini memberikan tumpuan kepada memahami maksud hadis secara umum serta menghayati pengajarannya.
3. Modul Akidah
Modul ini memberikan tumpuan kepada pembentukan akidah, sikap dan tanggungjawab terhadap Allah s.w.t, pemahaman akidah yang sahih dan mengaplikasikan tuntutan akidah dalam kehidupan harian.
4. Modul Ibadah
Bidang ini memberi tumpuan kepada pemahaman dan penghayatan peraturan ibadah yang ditentukan oleh Allah s.w.t. dan melaksanakannya dalam kehidupan seharian.
5. Modul Sirah
Bidang ini memberi tumpuan kepada pemahaman dan sirah Rasulullah s.a.w. mengambil iktibar daripadanya serta mengaplikasikan tuntutan sirah dalam kehidupan harian.
6. Modul Adab
Bidang ini memberi tumpuan kepada penghayatan peraturan dan tatacara perhubungan manusia dengan Allah, manusia sesama manusia dan manusia dengan alam sekitar.
7. Modul Jawi
Bidang ini memberi tumpuan kepada pembacaan dan penulisan jawi serta mempelajari asas seni khat.

Elemen merentas kurikulum dan kemahiran menaakul:

1. Kreativiti dan inovasi
2. Keusahawanan
3. Teknologi maklumat dan komunikasi
4. Buku panduan kemahiran menaakul

Model-model j-QAF:

Lima model telah dikenalpasti iaitu 4 model pengajaran dan 1 model kokurikulum.  Model-model berkenaan adalah seperti berikut :

1. Model Pemulihan Jawi
2. Model Tasmik
3. Model Khatam al-Quran
4. Model Peluasan Bahasa Arab
5. Model Bestari Solat

KONSEP J-QAF

Pada 24 Disember 2003, semasa YAB Perdana menteru menyampaikan ucapan pada perjumpaan dengan ulama dan pegawai-pegawai agama sempena Majlis Tilawah al- Quran Peringkat Antarabangsa Keli ke 45 di Kuala Lumpur, antara lain ada menyebut tentang khatam al-Quran, mewajibkan pembelajaran bahasa Arab dan menghayati amalan fardhu ain. Hasrat itu diulangi sekali lagi semasa lawatan beliau ke Kementerian Pendidikan Malaysia pada 30 Disember 2003. Beliau mencadangkan supaya perkara tersebut dilaksanakan seeberapa segera yang boleh.Kementerian pendidikan Malaysia telah mengambil tindakan dengan mengadakan
beberapa mesyuarat dan bengkel, dan akhirnya mengadakan seminar Jawi, al-Quran, bahasa Arab dan Fardhu Ain (j-Qaf) pada 3 hinga 5 Mac 2004. Semiman ini telah bersetuju menerima beberapa model untuk dilaksanakan sebagai projek rintis pada April 2004 sebelum pelaksanaan sebenar pada tahun 2005 secara berperingkat peringkat.

Konsep j-Qaf
j-Qaf adalah satu projek memperkasakan Pendidikan Islam (PI) melalui penekanankhusus dalam pengajaran jawi, al-Quran, Bahasa Arab dan Fardhu Ain. Projek ini dilaksanakan diperingkat persekolahan rendah.

Objektif j-Qaf
Setelah projek ini dapat dilaksanakan dengan baik dan berkesan diharapkan semua murid yang menganut agama Islam, semasa di sekolah rendah dapat

1. menguasai bacaan dan tulisan jawi
2. khatam al-Quran
3. mempelajari bahasa Arab dan
4. mantap dan menghayati fardhu ain

Kepentingan j-Qaf

1. Kepentingan Jawi

Jawi telah diajar sebagai komponen Pendidikan Islam dan mula dilaksanakan pada tahun 2003 dengan pendekatan pengajaran 6 bulan pertama di tahun 1. Laporan pemantauan mendapati penguasaan bacaan Jawi dalam pendidikan Islam semata-mata masih belum mencukupi dan berkesan

2. Kepentingan al-Quran

Al-Quran telah diajar sebagai sebahagian Pendidikan Islam dalam bidang Asuhan tilawah al-Quran pada masa ini. Namun tidak menekankan pembelajaran sehingga khatam al-Qudan. Ia hanya mengutamakan kebolehan membaca sahaja.

3. Kepentingan Bahasa Arab

Status Bahasa Arab Sekolah Rendah pada masa ini sebagai mata pelajaran bahasa tambahaan. Ia diajar di sekolah-sekolah rendah secara berpilih dan terhad. Tidak semua murid berpeluang mempelajarinya

4. Kepentingan Fardhu Ain

Ibu bapa masih belum berpuas hati dengan pencapaian dan penguasaan anakanak mereka dalam Fardhu Ain terutama hal ibadah mendirikan solat.

5. Kepentingan Projek j-Qaf pada keseluruhan

Masa pengajaran PI Sekolah Rendah pada masa ini ialah 6 waktu, 5 waktu di SJKT dan 4 waktu di SJKC. Peruntukan waktu ini tidak membolehkan aktivitiaktiviti khatam al-Quran, pemulihan dan pengukuhan Jawi dan latihan amali Fardhu Ain yang mencukupi di laksanakan di sekolah-sekolah. Manakala Bahasa Arab di sekolah- sekolah diajar oleh guru Pendidikan Islam sedia ada. Ini menyukarkan pelaksanaan Bahasa Arab di semua sekolah sekiranya guru Bahasa Arab yang hakiki tidak diwujudkan.

Pelaksanaan j-Qaf

j-Qaf akan dilaksanakan mulai tahun 2005 secara berperingkat-peringkat. Pihak Kementerian Pelajaran Malaysia akan memberi maklumat yang lebih lengkap mengenai cara pelaksanaan model-model yang terpilih serta persiapan-persiapan khusus bagi pelaksanaan 2005. Panduan modul yang terkandung di dalam buku ini adalah maklumat awal yang berguna untuk persiapan kearah pelaksanaan sebenar. Ia tidak menggambarkan keadaan sebenar pelakasanaan j-Qaf melainkan pihak Kementerian Pelajaran Malaysia mengambil keputusan mengekalkan panduan dan modul yang terkandung dalam buku ini.

a. Model Khatam Al-Quran
Objektif Khatam Quran j-QAF

1. Membaca al-Quran dengan lancar dan bertajwid dan
2. Murid dapat mengkhatamkan al-Quran 30 juzuk.

Kepentingan Khatam Al-Quran j-QAF

Khatam al-Quran j-QAF melalui proses talaqqi musyafahah adalah penting demi memastikan setiap murid diberi peluang sama rata untuk menguasai tilawah al-Quran dengan lancar dan bertajwid. Setiap murid diharap dapat menghatamkan bacaan al- Quran sebanyak 30 juzuk dalam jangka masa 6 tahun berada di sekolah rendah mengikut tahap penguasaan individu. Namun bagi murid yang tidak menguasai bacaan al-Quran berpeluang meneruskan pembelajaran menggunakan kaedah Iqra` dengan pemantauan dari guru dari masa ke semasa.

Pelaksanaan dan Penilaian Khatam Quran j-QAF

Pelaksanaan khatam al-Quran j-QAF terbahagi kepada dua iaitu program khatam al- Quran Model Setahun atau Model 6 bulan dan program khatam al-Quran Model Tasmik. Walaupun objektif kedua-dua model ini sama, namun kaedah pelaksanaannya berbeza di antara satu sama lain.

Program Khatam Quran Setahun atau 6 Bulan.

Program Khatam al-Quran Setahun atau 6 Bulan ialah program yang menumpukan kepada penguasaan kemahiran membaca al-Quran tahun satu dan aspek khatam al- Quran pada tahun 2 hingga tahun 6.

Program Khatam al-Quran Setahun dilaksanakan kepada pelajar Tahun Satu kemasukan mulai Januari 2011. (Sila rujuk Kurikulum Standard Sekolah Rendah).sebagai rujukan pelaksanaan. Manakala bagi pelajar tahun 2,3,4,5 dan 6 tahun 2011 akan meneruskan Program Khatam Quran Model 6 bulan di bawah kurikulum KBSR.

Objektif

1. Murid dapat membaca al-Quran dengan lancar dan bertajwid
2. Murid dapat menghabiskan bacaan al-Quran sebanyak 30 juzuk.

Kumpulan Sasaran

Semua murid yang beragama Islam tahun 2 hingga tahun 6

Strategi Pelaksanaan

Tempoh Pelaksanaan

Murid tahun 2 hingga tahun 6 akan mengikuti Model Khatam Al-Quran setiap tahun. Bagi bulan berikut dan seterusnya mereka akan mengikuuti kurikulum Pendidikan Islam berdasarkan sukatan pelajaran sedia ada.

Peruntukan Waktu

Pengajaran dan pembelajaran berfokus kepada Tilawah al-Quran mulai Januari hingga Novdengan peruntukan masa 4 kali seminggu. Dua waktu selebihnya digunakan untuk program Asas Ulum Syariah danJawi.

Proses Pengajaran dan Pembelajaran

1. Semua murid membaca al-Quran menggunakan mushafRasm Uthmani
2. Setiap murid membaca al-Quran mengikut kedah talaqqi dan musyafahah.
3. Proses talaqqi dan musyafahah di dalam kelas dikendalikan oleh guru Pendidikan Islam (GPI) yang mengajar dengan dibantu oleh sekkurang kurangnya seorang guru pembimbing yang boleh terdiri daripada guru GPI lain, guru akademik biasa, pentadbir sekolah, kaki tangan sekolah dan murid turus.
4. Merekod bacaan setiap murid di dalam Buku Rekod Bacaan al- Quran masingmasing.
5. Panduan proses P&P boleh dirujuk dari contoh Model Pengajaran dan Pembelajaran Model Khatam Al-Quran.
6. Murid yang tidak menguasai bacaan al-Quran hendaklah meneruskan pembelajaran dengan menggunakan kaedah Iqra`.
7. Aktiviti-aktiviti pemulihan seperti kelas pemulihan atau kem al-Quran perlu diadakan kepada murid yang tidakdapat membaca (ummi) al-Quran.
8. Agihan bacaan mengikut jadual dan hendaklah dirujuk dalam Model Pengajaran dan Pembelajaran Model Khatam Al-Quran.

Agihan Tugas

Ketua Sektor Pengurusan Pendidikan Islam dan Moral , Penolong Pengarah Kurikulum, Penyelia Pendidikan Islam Negeri dan Daerah bertanggungjawab:

1. Memberi taklimat pelaksanaan projek
2. Memantau pelaksanaan projek
3. Menyediakan laporan projek

Guru Besar bertanggungjawab;

1. Menubuhkan Jawatankuasa Pelaksana peringkat sekolah.
2. Mengadakan mesyuarat penyelarasan pelaksanaan projek dilaksanakan dengan sempurna.
3. Memberi taklimat kepada guru dan pembimbing guru yang terlibat.
4. Memastikan projek ini dapat dilaksanakan dengan sempurna.
5. Memantau pelaksanaan projek
6. Mengesahkan laporan yang dibuat oleh guru dan dihantarke JPN selepas tamat pelaksanaan projek.

Ketua Panitia Pendidikan Islam bertanggungjawab;

1. Bertindak sebagai setiausaha jawatankuasa pelaksana peringkat sekolah.
2. Mengadakan mesyuarat dan perbincangan bagi mencari guru pembimbing.
3. Bekerjasama dengan guru Pendidikan Islam menyediakan keperluan
pelaksanaan projek.
4. Menyemak laporan.

Guru Pendidikan Islam Bertanggungjawab;

1. Mengenalpasti guru pembimbing yang boleh dilibatkan dengan projek.
2. Memastikan setiap murid memiliki Buku Rekod Bacaan Al-Quran.
3. Membuat pengesahan bacaan setiapmurid seminggu sekali dalam Buku Rekod Bacaan Al-Quran.
4. Memaklumkan sebarang masalah murid dan guru pembimbing kepada jawatankuasa pelaksana peringkat sekolah.
5. Melaporkan pencapaian projejke Sektor Pengurusan Pendidikan Islam,Jabatan pendidikan Negeri dengan mengisi Borang Laporan Penilaian Projek Khatam Al- Quran Model 6 Bulan.

Guru Pembimbing

1. Membantu dan membimbing murid sehingga khatam al-Quran
2. Mencatat bacaan murid dalam Buku Rekod Bacaan.
3. Mengenalpasti kelemahan murid dan membuat catatan dalam Buku Rekod Bacaan.
4. Sentiasa berbincang dengan guru yang mengajar untuk menyelesaikan sebarang masalah.

Kaedah Pengajaran dan Pembelajaran

Model 6 Bulan Khatam Al-Quran menekankan penggunaan kaedah talaqqi dan musyafaha. Kaedah ini dilaksanakan melalui proses berikut:

1. Murid mendengar bacaan contoh dari guru
2. Murid membaca dengan bimbingan guru, pembimbing/ murid turus.
3. Guru, pembimbing/ murid turus membetulkan bacaan murid.
4. Guru, pembimbing/ murid turus mengesahkan bacaan murid dengan memberikan pujian atau mengiyakan.

Penilaian

Penilaian ringkas perlu dilakukan secara mingguan kepada murid bagi mengesahkan murid tersebutbenar-benar menguasai bacaan yang direkodkan oleh guru pembimbing. Penilaian secara menyeluruh hendaklah dilakukan diakhir tahun bagi menentukan tahap pencapaian bacaan al-Quran setiap individu. Guru boleh memilih mana-mana ayat untukmenilai murid. Penilaian ini hendaklah berdasarkan panduan berikut; Agihan Markah
1. Jumlah ayat : 60 markah
2. Kualiti bacaan : 40 markah

Markah jumlah ayat dikira berdasarkan jumlah ayat tertinggi yang dibaca oleh murid iaitu:

Ayat tertinggi X60
Jumlah ayat keseluruhan

b. Model Tasmik

Model Tasmik Khatam Al-Quran ialah satuprogram membimbing dan merekod perkembangan bacaan al-Quran murid secara individu berdasarkan program yang telah diatur bagi membolehkan murid khatam semasa berada di sekolah rendah dan melaksanakan di luar jadual waktu.

Objektif

1. Murid dapat membaca al-Quran dengan bertajwid.
2. Murid dapat mengkhatamkan bacaan al-Quran 30 juzuk .

Kumpulan Sasaran
Semua murid beragama Islam tahun 2 hingga tahun 6 sekolah rendah.

Strategi Pelaksanaan
1. Semua murid hendaklah menggunakan al-Quran Rasm Uthmani.
2. Setiap murid perlu mempunyai guru pembimbing yang dilantik oleh pihak sekolah.
3. Pembimbing boleh dilantik daripada sesiapa sahaja yang berkebolehan dan berkemampuan seperti guru Pendidikan Islam, guru-guru agama, ibu bapa, guru-guru akademik di sekolah, pelajar Maahad Tahfiz dan lain-lain. Murid yang telah khatam al-Quran boleh menjadi pembantu kepada guru pembimbing.
4. Guru pembimbing hendaklah membimbing bacaan dan merekod bacaan murid dalam Buku Rekod Bacaan setiapkali ditasmik.
5. Murid yang masih tidak dapat membaca al-Quran perlu dibimbing secara berterusan menggunakan kaedah dan aktiviti yang sesuai.
6. Setiap murid mesti memiliki Buku Rekod Bacaan Al-Quran yang disediakan oleh pihak Kementerian Pelajaran Malaysia.
7. Guru Pendidikan Islam hendaklah menilai dan mengesahkan pencapaian murid sekurang-kurangnya sekali seminggu dalam buku rekod bacaan.
8. Guru Pendidikan Islam hendaklah memastikan murid-murid mendapat bimbingan dari guru pembimbig ebelum penilaian dilaksanakan.
9. Murid dikehendaki membaca al-Quran berdasarkan agihan muka surat yang dicadangkan seperti dalam model Tasmik.
10. Murid-murid yang cemerlang boleh meneruskan bacaan tanpa terikat dengan agihan juzuk yang dicadangjkan.
11. Bagi melaksanakan agihan yang dicadangkan murid digalak membaca al- Quran setiap hari supaya mereka tidak membaca banyak ayat dan bagi membolehkan tumpuan kepada kualiti bacaan.
12. Murid boleh membaca dan mentasmik bacaan al-Quran pada bila-bila masa samada di sekolah atau di rumah.
13. Pihak sekolah hendaklah membuat penilaian dan menyediakan laporan kepada JPN.

Penilaian

Penilaian ringkas perlu dilakukan secara mingguan kepada murid bagi mengesahkan murid tersebut benar-benar menguasai bacaan yang direkodkan oleh guru pembimbing. Penilaian secara menyeluruh hendaklah dilakukan di akhir tahun bagimenentukan tahap pencapian bacaan al-Quran setiap individu. Guru boleh memilih mana-mana ayat untuk menilai murid. Penilaian ini hendaklah berdasarkan panduan berikut;

Agihan Markah

1. Jumlah ayat : 60 markah
2. Kualiti bacaan : 40 markah
Markah jumlah ayat dikira berdasarkan jumlah ayat tertinggi yang dibaca oleh murid iaitu:
Ayat tertinggi X60
Jumlah ayat keseluruhan

c. Model Pemulihan Jawi
Kelas Pemulihan Jawi ialah pengajaran yang dilaksanakan oleh guru pemulihan untuk memulihkan murid keciciran dalam jawi. Kelas ini dijalankan serentak dengan jadual waktu persekolahan sedia ada.

Objektif

Murid yang keciciran dalam jawi akan dipulihkan dengan sekurang-kurangnya dapat mengenal, menyebut dan menulis huruf-huruf tunggal, sukukata terbuka, sukukata tertutup dan perkataan-perkataan mudah yang dibina daripada sukukata terbuka dan sukukata tertutup.

Kumpulan Sasar

Kumpulan sasar kelas ini ialah murid-murid yang tidak dapat melepasi ujian khas iaitu tidak dapat mengenal huruf tunggal atau sukukata terbuka.

Strategi Pelaksanaan

1. Menubuhkan jawatankuasa pelaksana peringkat sekolah yang dipengerusikan oleh Guru Besar.
2. Jawatankuasa Pelaksana bermesyuarat bagi memutuskan perkara tersebut:
1. Mengenalpasti murid-murid yang keciciran melalui ujian khas atau maklumat daripada guru yang mengajar. Jumlah murid bagi satu kelas pemulihan hendaaklah di antara 6 hingga 10 orang.
2. Penyediaan tempat bagi pelaksanaan kelas pemulihan.
3. Penyediaan bahan bantu mengajar.
3. Melaksanakan Kelas pemulihan Jawi mengikut agihan kemahiran dan kaedah pengajaran dan pembelajaran yang telah ditentukan.
4. Proses pengajaran dan pembelajaran akan menekankan kaedah permainan dan nyanyian yang menyeronokan.
5. Membuat penilaian dan merekodkan pencapaian murid setiap kali kelas dilaksanakan.

Agihan Tugas

Guru besar bertanggungjawab;
1. menubuhkan Jawatankuasa pelaksana peringkat sekolah.
2. mengadakan mesyuarat penyelarasan pelaksanakan Kelas Pemulihan jawi.
3. memastikan Kelas pemulihan jawi ini dapat dilaksanakan dengan sempurna.
4. memantau pelaksanaan Model Kelas Pemulihan Jawi

Ketua Panitia Pendidikan Islam bertanggungjawab:

1. bertindak sebagai setiausaha jawatankuasa pelaksana peringkat sekolah.
2. Bekerjasama dengan guru pemulihan dan guru-guru Pendidikan Islam
menyediakan keperluan pelaksanaan Kelas Pemulihan Jawi.
3. Menyemak laporan yang dibuat oleh guru mata pelajaran dan guru pemulihan

Guru Mata Pelajaran bertanggungjawab:

1. membuat ujian khas untuk memilih pelajar yang akan mengikuti Kelas Pemulihan Jawi.
2. Meneruskan pengajaran mengikut jadualk persekolahan biasa.

Guru Pemulihan bertanggungjawab:

1. melaksanakan kelas pemulihan jawi mengikut agihan kemahiran dan kaedah pengajaran dan pembelajaran yang telah ditetapkan.
2. Merekodkan hasil penilaian yang dilakukan selepas proses pengajaran dan pembelajaran
3. Melaporkan perjalanan kelas dan hasil penilaian kepada Ketua Panitia

Agihan Kemahiran

Murid yang hendak dipulihkan diberi kemahiran-kemahiran seperti yang terdapat di
dalam Sukatan Pelajaran Pendidikan Islam KBSR. Berikut dikemukakan contoh agihan
kemahiran untuk dua belas waktu pengajaran:

Waktu
Kemahiran

Waktu 1 Memperkenalkan huruf tunggal ا ب ت ث ج ح
Waktu 2 Memperkenalkan huruf tunggal خ خ د ذ ر ز
Waktu 3 Memperkenalkan huruf tunggal س ش ص ض ط ظ
Waktu 4 Memperkenalkan huruf tunggal ع غ غ ف ف ق
Waktu 5 Memperkenalkan huruf tunggal ك ض ل م ن و
Waktu 6 Memperkenalkan huruf tunggal ؤ ه لا ء ي ث
Waktu 7 Membaca dan menulis suku kata terbuka daripada huruf-huruf ا ب ت
Waktu 8 Membaca dan menulis suku kata terbuka daripada huruf-huruf ج خ د
Waktu 9 Membaca dan menulis suku kata terbuka daripada huruf-huruf ر س غ
Waktu 10 Membaca dan menulis suku kata terbuka daripada huruf-huruf ف ك ض
Waktu 11 Membaca dan menulis suku kata terbuka daripada huruf-huruf ل م ن
Waktu 12 Membaca dab menulis suku kata terbuka daripada huruf-huruf ه ث

Kaedah Pengajaran Dan Pembelajaran

Bagi memastikan keberkesanan Kelas Pemulihan Jawi dan bersesuaian dengan kemampuan murid, guru dicadangkan banyak menggunakan kaedah permainan dan nyanyian semasa melaksanakan pengajaran dan pembelajaran. Permainan dan nyanyian yang dicadangkan ialah:

Permainan Bagi Kemahiran Huruf Tunggal:

1. Boling
2. Tenteng
3. Main kad
4. Kereta api

Permainan Bagi Kemahiran Sukukata:

1. Sahibba
2. Pancing ikan

Nyanyian:

1. Rasa Sayang Jawi
2. Eja dan Baca
3. Vokal dan Sukukata

Penilaian

Guru hendaklah melaksanakan penilaian setiap kali kelas dijalankan. Penilaian hendaklahmenguji kemahiran membaca dan menulis huruf-huruf dan sukukatasukukata yang dipelajari. Hasil penilaian hendaklah direkodkan ke dalam Borang Kelompok Penilaian Jawi.

d. Model Bestari Solat

Seminar Jawi, Al-Quran, Bahasa Arab dan Fardu Ain ( j-QAF ) Peringkat Kebangsaan anjuran Kementerian Pelajaran Malaysia yang telah berlangsung pada 3 hingga 5 Mac 2004 telah memutuskan supaya Model Bestari Solat dilaksanakan secara rintis bersama model-model projek j-QAF yang lain bagi menguji sejauhmana kelemahan dan kekuatannya. Program Kem Bestari Solat perlu dilaksanakan oleh pihak sekolah bagi memastikan kejayaan Program j-QAF. Kerjasama dan hubungan yang erat antara pihaksekolah dan ibu bapa amat penting bagi mempastikan hasrat murni dapat direalisasikan. Kem Bestari Solat ialah aktiviti perkhemahan yang dilaksanakan untuk memastikan murid boleh menunaikan solat dengan sempurna dari segi bacaan dan perbuatan. Aktiviti ini dilaksanakan secara intensif di satu tempat khas mengikut kesesuaian sesebuah sekolah.

Kem Bestari Solat diadakan bertujuan untuk memastikan murid dapat:

1. mengetahui kepentingan solat
2. berwuduk dengan sempurna
3. mengetahui bilangan rakaat solat-solat fardu
4. melaksanakan semua perbuatan dalam solat dengan betul
5. menguasai bacaan dan mengaplikasikannya dalam solat dengan betul dan lancar

Bagi memastikan Kem Bestari Solat berjalan dengan lancar , beberapa langkah perlu diambil:

1. Panitia Pendidikan Islam hendaklah menyediakan kertas kerja dan dibentangkan dalam mesyuarat bagi memutuskan perkara-perkara berikut:
a. Membentuk Jawatankuasa Pelaksana peringkat sekolah
b. Menetapkan tempat dan masa untuk mengadakan Kem Bestari Solat
c. Menentukan guru layak untuk menjadi fasilitator
d. Menyediakan jadual pelaksanaan aktiviti Kem Bestari Solat
e. Mengagihkan murid-murid yang akan mengikuti Kem Bestari Solat mengikut kumpulan yang ditentukan.
f. Memberi taklimat kepada fasilitator sebagai panduan tenaga pengajar dalam Kem Bestari Solat.
2. Program ini dilaksanakan dua kali dalam tempoh setahun.
3. Aktiviti ini dilaksanakan dalam bentuk kursus intensif di luar waktu P & P sama ada di dalam atau di luar kawasan sekolah.
4. Setiap kem peringkat sekolah tidak melebihi 60 orang murid dan setiap kumpulan tidak melebihi 10 orang.
5. Antara pengisian aktiviti Kem Bestari Solat ini ialah latihan amali wuduk, amali solat, solat berjemaah, ujian penilaian pra dan pasca program, riadah, pertandingan bacaan dan amali solat.
6. Instrumen penilaian perlu disediakan bagi menentukan tahap kebolehan murid dalam mendirikan solat
7. Menyusun pengisian aktiviti kem
8. Mengumpul maklumat murid yang tidak tahu solat selepas tamat Kem Bestari Solat
9. Membuat penilaian dan merekodkan pencapaian murid setiap kali aktiviti dilaksanakan.
10. Melaporkan rekod pencapaian murid kepada guru yang mengajar, ibu bapa,
penjaga, ketua panitia dan guru besar.
11. Borang Catatan Pelaksanaan Solat. Borang Catatan Pelaksanaan Solat diedarkan kepada ibu bapa dan penjaga :

a. Ibu bapa / penjaga hendaklah mencatat pelaksanaan amalan solat murid
di rumah selama dua bulan
b. Borang yang telah lengkap hendaklah dikembalikan kepada pihak sekolah untuk dianalisa.
c. Pihak sekolah akan menyediakan laporan untuk pelaksanaan Kem Kedua.

12. Kem Bestari Solat Kedua dilaksanakan setelah mengenalpasti kekuatan dan kelemahan Kem Bestari Solat Pertama. Sebelum melaksanakan Kem Bestari Solat, sebuah jawatankuasa pelaksana perlulah ditubuhkan. Jawatankuasa Pelaksana terdiri daripada :

1. Penaung
2. Penasihat
3. Pengerusi
4. Setiausaha
5. Bendahari
6. Ahli Jawatankuasa :

a. Urusetia
b. Pendaftaran dan Penginapan
c. Makanan dan Minuman
d. Keselamatan / Kebajikan / Disiplin
e. Dokumentasi / Penilaian
f. Riadhah
g. Kem Komandan
h. Siaraya
i. Warden
j. Teknik & Peralatan
k. Sijil dan Hadiah.

Kewangan

1. Sumber

a. Peruntukan kewangan khusus
b. Sumbangan PIBG
c. Sumbangan swasta dan lain-lain

2. Perbelanjaan ( seperti lampiran 6 )

a. Penyediaan Bahan ( Kertas Kerja, kertas Edaran, Fail )
b. Perbelanjan Runcit
c. Perbelanjaan makan dan minum
d. Hadiah galakan

Fasilitator

1. Guru Pendidikan Islam ( Dalaman / Luaran )
2. Guru-Guru Akademik yang berkebolehan
3. Ibubapa / Penjaga yang berkebolehan
4. Guru-Guru KAFA
5. Pihak lain yang berkelayakan dan dipersetujui oleh pihak pengurusan sekolah.

Penutup

Program Kem Bestari Solat perlu dilaksanakan oleh pihak sekolah bagi memastikan kejayaan Program j-QAF. Bagi mencapai hasrat murni ini, kerjasama dan hubungan erat pihak sekolah dan ibu bapa amat penting. Mudah-mudahan ia menambah rasa tanggungjawab dan minat murid terhadap perintah Allah s.w.t.

Bahan sokongan KBSR, KSSR dan j-QAF

BUKU TEKS

Buku Teks ialah buku yang digunakan sebagai bahan asas yang utama dan sumber maklumat mengenai mata pelajaran atau bidang yang tertentu. Buku teks juga mencerminkan nilai masyarakat, harapan dan cita-cita sesebuah negara. Di negara kita buku teks memuatkan perkara seperti Perpaduan Masyarakat, Rukun Negara, Masyarakat Penyayang dan Wawasan 2020. Buku teks ditulis berdasarkan kehendak Kurikulum, Sukatan Pelajaran (SP) dan Huraian Sukatan Pelajaran (HSP). Sukatan Pelajaran menjelaskan objektif, organisasi kandungan serta strategi pengajaran dan pembelajaran. Huraian Sukatan Pelajaran pula menjelaskan objektif dan organisasi kandungan mengikut tahun persekolahan. Penulisan buku teks juga dikehendaki menepati keperluan Falsafah Pendidikan Kebangsaan yang menekanakan matlamat pendidikan demi memastikan perkembangan potensi pelajar secara menyeluruh, seimbang dan sepadu.

Reka Bentuk

Reka bentuk adalah pelan tersusun yang merangkumi konsep rekaan sesebuah buku. Reka bentuk merupakan rekaan yang memaparkan teks atau bahan grafik atau bahan lain pada halaman buku. Format persembahan pada keseluruhan buku hendaklah terancang, berfungsi, jelas, ramah pengguna serta mudah. Setiap ruang mestilah digunakan secara optimum, di samping mengambil kira ruang membolehkan pembaca merehatkan mata (eye rest). Reka bentuk yang baik dapat memandu mata pembaca, membaca mengikut urutan dalam sesuatu terbitan dan membezakan bahanbahan utama dan bahan-bahan sekunder. Reka bentuk merupakan faktor penting yang dapat membezakan sesuatu terbitan dengan terbitan lain. Reka bentuk juga boleh menjadi identiti sesebuah penerbit(house style).

Aspek Penting Dalam Reka Bentuk Buku Teks

Reka bentuk buku teks mengambil kira prinsip asas rekaan atau seni reka dalam reka bentuk yang lazim iaitu perseimbangan, perkadaran, turutan, kesatuan, mudah dan kontra. Walau bagaimanapun dalam mereka bentuk buku teks, aspek keperluan pedagogi mata pelajaran dan kesesuaian dengan kumpulan sasar buku berkenaan perlu diberi perhatian agar reka bentuk yang dipilih bersesuaian. Di samping itu reka bentuk buku perlulah tekal pada keseluruhan buku agar dapat membantu pemahaman pengguna terhadap isi kandungan buku berkenaan. Reka bentuk pakej buku teks sekolah rendah perlu mengambil kira jenis buku dan tahap umur murid. Lazimnya reka bentuk buku teks sekolah rendah lebih mudah dan tidak terlalu padat dengan teks. Manakala reka bentuk pakej buku teks sekolah menengah lebih kompleks dengan memuatkan lebih banyak teks dan maklumat tambahan.

Bahan Grafik

Bahan grafik merupakan satu istilah umum yang merujuk kepada semua jenis unsur visual yang menyokong teks untuk menjadikan sesuatu mesej bercetak lebih jelas dan menarik.
Bahan grafik boleh dibahagikan kepada tiga kategori umum, iaitu:

1. Grafik Seni

Merujuk ilustrasi, gambar foto dan lukisan yang digunakan untuk menyalurkan maklumat dan kesan emosi melalui imej dan bukannya menerusi kata-kata.

2. Reka Bentuk

Susunan rekaan yang merangkumi keseluruhan buku, berdasarkan susunan unsur asas dalam rekaan seperti prinsip rekaan, struktur rekaan, warna, bleed, akas (reverse) bagi menjadikan sesuatu rekaan bahan terbitan itu menarik.

3. Grafik Maklumat

Merujuk carta, jadual, peta, dan rajah yang digunakan untuk menyalurkan maklumat secara visual.

Ciri-ciri bahan grafik yang baik

Mempunyai nilai kandungan - visual yang terdapat pada bahan grafik dapat:
a. membawai makna yang tersurat dan tersirat
b. meringkaskan maklumat
c. menyampaikan maklumat dengan tepat

Mempunyai nilai seni - penggabungan kesemua unsur seni, seperti garisan, warna, bentuk, rupa, dan ruang yang memberi kesan keindahan dan membangkitkan emosi.

Bahan Grafik dalam Buku Teks

Bahan grafik yang digunakan dalam penerbitan buku teks perlu sesuai dan memenuhi kehendak mata pelajaran. Pemilihan bahan grafik perlu tepat dengan tujuan penggunaannya dan bersesuaian dengan kehendak mata pelajaran. Bahan grafik banyak digunakan dalam penulisan buku teks mata pelajaran teknikal dan saintifik, kerana penggunaannya membantu penyampaian kandungan lebih jelas, tepat dan mudah difahami pelajar. Bahan grafik dalam buku teks tidak hanya digunakan untuk hiasan semata-mata atau sebagai memenuhi ruang kosong sahaja.
Bahan grafik dalam penerbitan buku teks perlu berfungsi seperti berikut:

1. Menyampaikan kandungan teks (konsep/fakta)
2. Membantu memahami teks
3. Mengukuhkan pemahaman teks
4. Melengkapkan teks
5. Memberi maklumat tambahan
6. Memudahkan pelajar mengingati konsep/fakta penting
7. Merangsang pemikiran pelajar dalam pembelajaran
8. Memberi nilai estetika

Jenis Bahan Grafik

Pemilihan pelbagai jenis bahan grafik dalam sesebuah buku teks berdasarkan kepada keperluan tajuk dan keperluan golongan sasar. Antara jenis bahan grafik yang boleh digunakan adalah seperti berikut:

1. Lukisan teknikal
2. Lukisan berkomputer
3. Lukisan saintifik
4. Gambar foto
5. Rajah
6. Graf
7. Peta
8. Jadual
9. Carta
10. Kombinasi gambar foto dan lukisan
11. Kartun
12. Karikatur

Teknik Persembahan Bahan Grafik
Bahan grafik yang dipilih bagi sesebuah buku teks boleh dipersembahkan dalam pelbagai cara agar bahan grafik berkenaan berfungsi menyampaikan maksud dengan tepat, membantu persembahan kandungan supaya lebih mudah difahami oleh pengguna serta menarik. Antara teknik persembahan bahan grafik yang boleh digunakan adalah seperti berikut:

1. Double-spread - persembahan melangkau dua halaman
2. Superimpose - persembahan teks yang dicetak atas bahan grafik
3. Bleed - persembahan bahan grafik yang melepasi garis repang
4. Gambar foto bergabung dengan lukisan sebenar

Kualiti Bahan Grafik

Bahan grafik berperanan untuk memudahkan penyampaian kandungan bahan penulisan. Oleh itu, bahan grafik yang digunakan dalam buku teks mestilah mengambilkira perkara-perkara berikut:

1. Menepati fakta yang disampaikan
2. Konsep bahan grafik yang betul
3. Sesuai dan bertepatan dengan teks
4. Logik
5. Terkini dan relevan
6. Jelas dan lengkap
7. Mempunyai saiz perkadaran yang betul
8. Mempunyai perspektif yang betul
9. Menggunakan gambar foto yang bermutu tinggi (tidak kabur)

Perkara Yang Perlu Dielakkan Dalam Pemilihan Bahan Grafik

Kesemua bahan grafik yang digunakan di dalam buku teks Kementerian Pelajaran Malaysia perlu bebas daripada segala unsur sensitif, negatif dan subversif.


No comments:

Post a Comment